22 Ogos 2014: Hari Perkabungan Malaysia

11:05 PG

Bismillah

Assalamua’laikum..

Hari Jumaat dan hari ini adalah hari Perkabungan Malaysia untuk memberi penghormatan kepada mangsa MH17 dan menzahirkan rasa dukacita kepada keluarga mangsa..
Sepanjang perjalanan numi ke ofis harini, ramai dalam kalangan orang sekeliling menggunakan baju hitam. Tak kira lah melayu, cina, india dan kaum lain. Respect! Just laki numi je tak guna, dah habis stok baju hitam lah tu.. 

Masa untuk bertafakur untuk rakyat Malaysia adalah dari 10.45 sehingga 11.15 pagi dan rakyat Malaysia di minta untuk senyap selama 1 minit bagi menghormati ketibaan mayat mangsa MH17 ke Malaysia. Seperti yang sedia maklum, kejadian MH17 telah menggemparkan seluruh warga dunia. Kerana belum habis lagi berita tentang kehilangan MH370 dan ianya masih menjadi tanda tanya seluruh dunia. Kemana hilangnya pesawat MH370?

ok, bebalik dengan Hari perkabungan Malaysia, bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bagi seluruh Negara, pakaian hendaklah berwarna suram bagi menghormati hari perkabungan, rancangan hiburan di hentikan seketika bagi semua stesyen radio dan tv.



Numi doakan seluruh ahli keluarga mangsa akan redah dengan segala ketentuan Tuhan yang telah di tetapkan. Mari ramai-ramai sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa.

Al-Fatihah..


Assalamua’laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe