Habis Semester 6.

11:35 PG

Bismillah
Assalamua’laikum..

Hai semua, seperti yang sedia maklum, numi dah pun habis sem 6, syukur Alhamdulillah. Last paper hari tu pada 7 Julai 2014, dan hari tu merupakan hari jadi bapak num yang ke 70 tahun. Syukur sangat.

Di usia dia yang menjangkau seven series tu, semua anak2 dia sudah pun mendirikan rumah tangga. So raya tahun ni, numi akan beraya di Kuching, teman kan mama. Selalunya kalau raya memang kami dua beradik akan berada di rumah 3 hari awal, Normah dah memang biasa di rumah.just numi jer yang selalu balik lewat. Lebih2 lagi bila dah belajar jauh ni. Tapi untuk tahun2 yang lepas boleh je kami cuti awal. Ni sebenar nya sebab tempat praktikal yang jauh dari Kuching. Numi dapat tempat praktikal di Bandar Baru Bangi. Dekat sini semua staff dia baik2 belaka, dan ramah. Untuk hari pertama ni tak de nak buat apa2 sebab supervisor numi tak de. So, yang numi buat adalah membaca info tentang syarikat mereka ini. Kalau boleh hafal setiap detail yang ada. wah! Memang aku terrer bab menghafal ni . hehehe,,

So amacam puasa korang? Setakat ni belum pecah lagi kan? Bagus2, tapi bagikaum perempuan tak kan ada excuse untuk puasa penuh kan. Heheh ABC.. faham2 je lah. Puasa tahun ni tak berapa nak meriah bagi numi, sebab tidak berbuka puasa di rumah, dengan mama. Kalau di sana mama boleh masak yang sedap2. Kat sini beli di bazaar, atau masak sendiri. Numi ni bukan nya reti sangat masak, boleh la, tapi tak sepower mama. Yang dah beribu kali bermasak.. kan2..

Semalam mama ada call, dia citer yang dia dah siap buat 5 jenis biskut untuk raya tahun ni. Actually, dia ada 6 jenis biskut. Yang last tu cornflakes. Dia dah penat, so dia sambung pulak hari ni. Yang 5 jenis kuih yang lain adalah, biskut susu, makmur, tart nenas, chocolate chip cookies, dan satu lagi tak ingat. Mama memang rajin buat biskut sendiri. Cuma tahun ni kami dua beradik jarang ada di rumah, itu yang menyebabkan mama tak de gegng untuk bagi idea utk buat kek or biskut. Heheh, numi in Sya Allah akan sampai di Kuching sehari sebelum raya, sempat lah nak berbuka dengan mama kan. Heheh. Malam tu memang pulun lah numi nak penuhkan biskut dalam balang kuih. Mama.. memang.. time2 kita nak tidur tu lah dia sibuk suruh buat itu dan ini. Dan selalunya sehari b4 nak raya tu, malam raya, numi dan normah akan panggang sate yang orang tempah dari mama. Lepas tu, susun biskut, ambik cawan, lepas tu. Baru lah numi dan adik kesayangan ku akan buat facial. Konon2 lah kan, bagi buang eye beg yang besar gedabak tu. Baju raya numi tahun ni warna apa yer? Putih lah. Sebab sama dengan baju akad nikah haritu. Membazir je kalau tak pakai kan.. heheh. Dan ada jugak baju pink dan hitam songket yang numi dah siap awal. Mujur.. ok lah, nanti numi update lagi, adiyoss, Assalamua’laikum... 

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe