Ramadhan akan datang..

12:03 PG

Bismillah
Assalamua'laikum
hai semua.. malam ni numi ada masa sikit untuk update blog. lama dah menyepi selepas berkahwin ni. heheh, bukan apa, masa sangat limited dan banyak sangat benda nak numi kejarkan. sekarang ni dah masuk musim finals. so banyak masa dihabiskn di kolej, bersama jue~! thanks to her i have a place to stay besides our place to stay.. hujung minggu ajer baru balik jumpa hubby.. so, hari2 lah kami akan text, macam dulu2 jugak. bila hujung minggu jumpa sekejap.

menjelang bulan Ramadhan ini, dan sebelum dia tiba, numi kena ganti puasa. banyak hari pulak tu, nasib baik lah numi masih punyai hari sebelum Ramadhan ini. lagipun ini boleh dijadikan praktis menjelang bulan puasa. dan harini merupakan hari yang penuh dengan dugaan. harini numi kena hantar report dan assigment kat lecturer di fakulti, dan perjalanan untuk ke fak tu kira jauh lah sebab jalan kaki dari kolej kan, dengan cuaca yang panas dan aku puasa. memang menduga keimaan aku jugak lah. iblis tak habis2 bisik untuk pecah puasa.. huh! kalau iman tak kuat, memang aku terbeli jugak dengan hasutan itu. lepas je hantar report kat bilik lecturer, aku terus belah ke hostel tanpa pandang kanan atau kiri. sebab apa? sebab time tu lunch hour! huhuhu, banyak gila makanan2 yang sedap2.. dan memang kalau berpuasa akan terliur tengok.. huhuhu.. sabar numi, balik2, sampai je kat bilik terus baring kat lantai tidur kepenatan. fiuhhhh!...

eh, tadi nak cerita pasal bulan puasa, ni, target aku dan hubby puasa penuh ok.. dan bertanding siapa paling banyak menghafaz al-Quran.. siapa yang paling banyak akan dapat duit raya~ yahoooo!!.. walaupun bukan nya itu yang aku harapkan, cuma itu sebagai hadiah @ penghargaan bagi pemenang. bulan Ramadhan ini lah masa nya untuk kumpul sebanyak mungkin pahala dan untuk diet.  semua pahala di gandakan ganjaran nya. dan itu lah yang kita kena rebutkan, setelah banyak bulan kita lalai. kan.. betul x?

ok2.. itu jer lah nak cer malam ni, nak tidur ni, kalau boleh lah.. sebab dah bantai segelas neslo, dan harapan untuk tidur tu agak nipis.. heheheh.. bye2 semua.. Assalamua'laikum..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe