Menghindari Kritikan Terhadap Isteri

7:13 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum

nak share satu point daripada '10 Nasihat Suami dalam memahami Hubungannya dengan Isteri' daripada blog airmien.wordpress.com. satu blog yang mempunyai banyak info tentang rumah tangga. so numi nak share benda ni.. kalian baca kejap.. 
Menghindari Kritikan Terhadap Isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada  isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah

b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.


so? apa yang kita boleh conclude kat sini, perkahwinan bukan suatu kunci untuk suami berkasar dengan isteri, sebab banyak perkara buruk yang mungkin bakal timbul jika perkara ini berlarutan. untuk elak perkara ini berlaku, si isteri rajin2 lah membaca doa untuk melembutkan hati para suami. antara contoh ayat yang boleh di baca..

1. Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:


"Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir "
"Yang Maha Mulia, Ya Maha Perkasa, Yang Maha Megah"

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

2. Selain daripada itu amalkan doa nabi daud, baca 3 kali:

"Ya Allah, lembutkanlah hati suamiku, (sebut nama suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


itu lah perkongsian numi harini.. terima kasih menjengah~
Assalamua'laikum.. 

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe