Kalau tak de aral melintang..

5:27 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum..
Last week merupakan hari bahagia my beloved cousin deknor dengan suami tercintanya, abang hamdan. mereka memilih hari Jumaat iaitu 14.2.2014 untuk menjadi hari akad nikah nya dan majlis bersanding mereka pada 16.2.2014.
hari jumaat yang penuh berkat, majlis akad nikah itu dilakukan selepas solat Jumaat. aku sebagai pengapit perempuan, awal pagi dah bangun awal. nak temankan si pengantin perempuan untuk makeup di Subree Rias pengantin. hambir 2 jam jugak lah process makeup tu. hurmmm,, aku memang tak berapa nak berkenan sangat dengan makeup dorang tu, sebab... MUA tu memang tak dengar lansung apa yang aku rekomen kan untuk memperbetulkan makeup deknor tu. orang sekeliling sedia maklum yang deknor seorang yang sangat putih gebu,tapi selepas solekkan MUA tu, ermmm, deknor jadi gelap sikit dan mata nya sebelah kecik dan besar.




kalau tengok depan2 memang nampak cantik , tapi bila tengok banyak kali memang nampak the imperfection dia kan. tak pe2.. majlis akad nikah itu Alhamdulillah berjalan dengan lancar. dengan sekali lafaz, Deknor pun sah menjadi isteri kepada abang hamdan.. 6 tahun bercinta, dan akhirnya mereka selamat di satukan. heheheh.. Alhadulillah. 

malam tu, usai majlis akad nikah malam berlulut pulak, deknor mengenakan 6 baju, antara nya baju Jepun, Thailand, Melayu asli, cina, dress dan ape lagi eh, lupa dah. aku tak sempat nak amek gmbr. sebab pengapitnya dah penat, aku yang jadi pengapit nya pun dah penat, apatah lagi si pengantin nya kan. heheheh..  
so, hari sabtu tak de apa nak buat, memandangkan tunang ku tak jadi nak fly balik kuching, huhuu, hati ku memang sedih.. tapi memandangkan ada kerja yang dia nak buat, tak dapat den nak paksa dia pergi kuching kan. so hari Sabtu tu belah petang baru aku ke rumah wa. belah malam tu, kami beramai2 buat doorgift si deknor ni. aku dan deknor buat gift untuk VIP. yang lain2 buat gifts untuk tetamu. sampai jam 3 pagi baru semua gift siap di buat. 
hari yang di tunggu2 kan telah tiba. majlis bersanding mereka di adakan di Dewan Baitulmal. dengan yang sangat gah sekarang ni. 

 aku dan pengapit laki, jam 9 pagi dah menapak ke Santubong Bridal . ok, komen aku untuk makeup SB, memang Superb! cantik sangat. memang tak salaah lagi. dan pelmin yang dorang buat di rumah dan di dewan pun sangat cantik.



cube teka gambar ni amek dari mana? official photographer : Piccherita 

memandangkan deknor telah hire the best photographer di Kuching, so memang tak salah lah untuk aku katakan memang gambar yang di ambik sangat cantik. sama level dengan udey photographer. heheh.. thumbs up! nanti wedding aku in Sya Allah kita jumpa lagi yer. 
bercakap tentang plan wedding aku dan Baby ku. kalau tak de aral melintang in Sya Allah bulan 5 nanti akan aku ceritakan tentang wedding aku pulak kan. banyak sangat yang dah bertanyakan tentang hubungan aku dengan benn. Alhamdulillah, kami sekarang baik. memang bila berjauhan, perasaaan rindu ini  sentiasa bermukim di hati masing2. next week, aku bakal balik ke KL, untuk menyambung pengajian ku di SA. Syukur masih di beri peluang untuk meneruskan pelajaran ku. dan kali ini untuk menyediakan persiapan kami nanti. jadi , aku mintak kalian semua doakan majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancar. :) 

k lah, aku ni dekat rumah nenek ni. berbagi kain kepada makcik2 ku yang telah ku belikan last year. seronok tengok bila mereka seronok dengan khabar berita gembira dariku. udak, yak, nenek, dan nodi. ok2.. sudah lah.. nak chaw dah ni. daaa, assalamua'laikum.. 

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. Ahaks...tahniah!!6thn bercinta.. bese la tu..seb bek bkn 6bln o 6hr..hee..klu x,cm pelik lak..br kenal nk kawen dh..

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe