Plan Masa Cuti nanti

7:28 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum. Cuti sem kami telah pun bermula, so plan aku untuk cuti ni adalah untuk berehat kat rumah, teman mama aku kat rumah dan tolong ape2 yang patut untuk weeding kazen aku yang bakal tiba nanti. But anyways, semalam aku, reen , zaura dan kak ja pergi shopping kat jalan tar. 


Memang ramai gila orang, mentang2 lah cuti Thaipusam dan bakal tiba tahun baru cina. Crowd memang ramai. Kalau dekat jalan tar tu masih ok lagi tau, tapi yang tak boleh aku terima adalah orang di dalam SOGO. Macam semut yang mengerumuni gula. Aku hanya mampu melihat dari tingkat atas. Tak kuasa nak bersesak sama2 dengan crowd yang ramai kat situ. Tapi jualan memang murah lah. Dan sesiapa pun akan beli kalau tengok harga dan kualiti yang mereka tawar kan.

Fungsi aku masuk kat building tu adalah untuk usya or orang cakap window shopping, kite tengok dulu yang mana murah dan berbaloi untuk di beli nanti, so nanti senang lah ajak baby untuk shopping sekali. Ahaks. Kalau dia xnak ikut xpe.. akan ku pergi jugak nanti. Salah satu barang yang aku nak beli nanti adalah Handbag Polo Hitam, towel badan dan cadar plus comforter.. dan semua ni aku boleh beli dengan harga below RM300.. kan~! Satu towel badan yang tebal tu RM15, kalau beli 2 baru RM30, cadar tu boleh dapat RM80 kalau kena dengan Happy Hour dia. Dan handbeg polo tu, RM 150 or maybe less.. hehe, Cuma perfume jer dorang tak buat sale mcm dorang buat untuk semua perkakas lain.. kalau tak, boleh masuk sekali dalam list barang nak beli nanti.

Haa, semalam, sempat jugak aku beli kain 1.5 meter, kan masa cuti ni kan, aku lebih gemar duduk rumah dan buat hasil seni aku sendiri.. so, kain ni aku try buat wide shawl. Lagipun sekarang kan memang fames dengan wide shawl bagai,so aku pun tak nak ketinggalan jugak. Kita try satu kali ni dulu. Dan malam tadi jugak aku dah jahit sisi nya. Process pembuatan shawl ni senang je, kalau kita minat kat sesuatu benda ni, semua akan senang kan.. jap2 nanti numi tunjuk yer.. nanti bila dah balik Sarawak, nak ajak mama pgi beli kain yang comel2 lagi lah, buat tudung shawl sendiri. Lagi puas hati kan.. dulu pun numi pernah jugak buat, ada 3 shawl numi sempat siapkan masa cuti sem lepas. So, sem ni, untuk weeding aku nanti, kalau ada masa  dan rezeki lebih, boleh aku buatkan untuk makcik2 aku nanti yer. In Sya Allah,, semoga di panjangkan jodoh kami..

Esok flight aku. Perasaan sekarang gembira bercampur dengan sedih. Gembira nak jumpa keluarga semua, sedih sebab tak jumpa kekasih ku.. masa teramat singkat dan terlalu cepat bagiku. Sekarang dah tengah bulan 1 dan nanti bulan 2. Dan tak lama lagi bulan mac,cuti ku sem ni agak singkat. Dalam sebulan setengah jer. Tak macam sem lalu 2 bulan kot, orang nak kerja pun sempat lagi. Hehehe.. mama ada uruh aku cari kerja kat MJC nanti, tapi aku rasa malas pulak. Ermm, tengok lah.. aku lebih suka di rumah, dengar cerita dari mama, bebelan dia dan kacau adik ku. Hujung minggu pergi jumpa nenek kat kampong dan dengar cerita dari kazen ku, nodi.

Dia sepertiku, kira macam kakak susuan ku, sebab masa kecik dia menyusukan mama. Hehehm rakus kazen ku tu masa kecik. Dan masa kami tadika dulu, dia nil ah selalu jadi penyelamat aku. Kalau aku kena buli oleh budak2 lain. Dengan perangai dia yang sedikit kaar dan rambut nya yang dia suka ikat satu di depan. Memang tak kan ku lupa kan. Kami membesar bersama-sama. Dulu semua orang selalu banding kan saiz badan kami. Masa sekolah rendah, aku ni debab~ dia kurus. Hahah. Tapi bila dah angkat dara, aku masuk asrama, dia jadi berisi, aku pulak mengecik sikit. Dan bila masuk U, masing2 dah berisi. Hahahha.. sampai la sekarang ni.

Ermm,itu je kot untuk aku cerita kan petang ni. Nanti ada masa terluang aku update lagi.. adiyoss, assalamua’laikum..


You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. mang kaw2 la klu sogo wat sale kan...

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe