Tips untuk Makeup Konvo

4:37 PTG

Bismillah

Assalamua’laikum semua. Antara hari yang paling penting bagi kita adalah hari penganugerahan sijil @ convocation cakap omputeh nya lah. Haa. Untuk hari ini, para siswa memang tak da masalah dalam bersolek, sebab dorang nak tempek apa je kan kat muka tu. Tapi yang punya masalah adalah siswi. Hurmm bagi yang memang ada basic makeup technique takpe. Dorang boleh terus makeup muka sendiri. Bagi yang takde. Mintak tolong mama, kakak or kakak ipar mu. Atau cari orang yang boleh solekkan muka mu itu. Biar Nampak segar, cerah, bersinar, gebu,semualah.


Untuk makeup konvo ini, jangan terlalu heavy yer. Sebabnya anda akan berdiri lama untuk beratur panjang masuk ke dewan dan itu akan menyebabkan ketiak anda basah. Justeru makeup pun hancusss~! So, guna alat makeup yang kurang minyak. If not, muka akan berkilat bak cermin tinted tu. Hehehe. Dan bawah mata akan bengkak macam apa dah. Boleh guna eye shadow ikut baju kurung anda. Tapi boleh juga guna wrna lain. sekarang kan dah color block dah. Baju merah, eye shdow hijau engkau. Macam merak dah tu. Heheheh

Pastikan foundation yang anda pakai itu tahan lama, selalunya sampai ssetengah hari. Untuk lips pulak, guna warna pink or nude colour. Untuk Nampak muda remaja, Oleskan sedikit lip tint. Dan jangan lupa eyeliner yer awak sekalian. Jangan tebal sangat. Tapi biar ada wing kat hujung mata tu. Nampaklah yang kamu sedang happy. Hehehe. Ok?

Untuk yang bertudung, pastikan tudung kalian tidak menutupi wajah.maksudnya jangan guna tudung yang terlalu bebas atau longgar. Nanti bila snap gambar, muka kamu tak Nampak pulak. Kan rugi dah makeup cantik2. Hadui.. so, pin kemas2 dan lilit cantik2 yer.

High heels jangan lupa pakai, ikut kesesuaian kamu. Mesti lebih 2 inch yer bagi student UiTM. Warna hitam. Masa ini lah kamu nak melaram dan ambik gambar banyak2.

Itu sahaja perkongsian numi untuk kali ini. Kalau dulu numi boleh makeupkan untuk student UiTM Samarahan, sekarang di Shah Alam agak terbatas. Dah rindu nak makeup muka orang sekarang ni. K lah. Nanti numi kongsi lah.
Xoxo Love Numi

Allahmualam,  Assalamua’laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe