Salam Maal Hijrah 1435Masihi & Komunikasi berkesan dengan pasangan anda.

3:59 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum wbt.

Tahun baru Hijrah 1435Masihi. Alhamdulillah kita masih lagi di beri peluang untuk hidup pada tahun ini kan. Syukur sangat sangat, Allah masih lagi beri peluang kat kita untuk duduk di Buminya, berlindung di bawah langitnya dan makan setiap apa di bumi ini. So apa yang numi nak share untuk entri hari ini adalah; pengalaman masa Kursus Kahwin last week.


Ok, setiap orang ada pandangan dia sendiri bukan. Bagi numi kursus ini memang amat bermanfaat dan banyak mengajar tentang kehidupan yang bakal kita jalani selepas mendirikan rumah tangga nanti. Semua orang impikan keluarga yang bahagia. So bagaimana kita nak kekalkan bahagia itu sendiri terletak kepada kita sendiri. Apa yang numi perolehi pada hujung minggu lepas memang sesuatu yang amat berguna, dan sedikit sebanyak memberi ilmu tambahan yang kita sendiri tak tahu. Antara yang di bincangkan adalah bab akhlak, akidah, ibadah, procedur perkahwinan, hubungan dalam berkeluarga, cara berkomunikasi, pemgurusan kesihatan keluarga, dan pembubaran perkahwinan.

Antara yang numi suka adalah bab komunikasi antara suami isteri. Ok, memang susah untuk faham orang perempuan ni kan, sebab cakap mereka ini berlapik, bukan nya cakap direct. Ada banyak bunganya bila dia nak kata sesuatu itu. Dan kami ini jenis yang banyak cakap, banyak bercerita, banyak gossip dan semua lah yang berkaitan dengan percakapan. Banyak jer yang kami mahu bualkan kepada suami. Ok. Ada kalanya suami akan rasa rimas kan, dengar banyak sangat cerita. Haha. Tapi tolong lah faham, bagi suri rumah sepenuh masa yang duduk terperap je di rumah dengan siapa dia mahu bercakap kalau bukan anda. Siang kamu bekerja, dia duduk rumah, mengemas rumah, masak dan buat semua kerja rumah itu sendiri. Tanpa banyak bercakap. Naa, bila dah anda dah pulang, ini lah masanya untuk dia mula bercakap tak henti sampai masa untuk tidur. Itu tandanya dia sedang bahagia bercerita itu ini. Dan yang anda perlu lakukan adalah mendengar dan menjawab yang perlu sahaja. Beri pendapat tentang apa yang di ceritkan nya. Kalau dah penat x dpt nak sambung ceritanya, hangguk jer kepalamu. Ok?

Selain itu, komunikasi berkesan adalah duduk sama paras dengan pasangan anda. Pandang matanya dan di selangi dengan sentuhan. Jawab dengan lembut dan di selangi senda gurau. Bagi isteri, buatlah suara paling manja untuk mengoda. Kalau x boleh tu, cakap biasa  sudah.mimik muka dan lenggok badan juga main peranan. Kalau tengok muka nya macam berkerut tu, maksudnya ada something lah yang berada dalam fikiran nya. Try bertanya, dan bincangkan dengan berhemah.

Perempuan ni kan sangat kompleks. Kalau dia kata “saya tak apa-apa” haaa,itu maksudnya dia ada sesuatu lah tu. Yang buat dia terasahati. Lelaki jangan lah lurus bendul sangat untuk ingat memang tak de apa2 jadi tu , korang kena tahu, itu adalah hint yang dia beri untuk anda pujuk dia. Untuk pujuk perempuan ni, haa kena ada ilmu jugak. Lain orang lain caranya. Jangan di sebabkan dia merajuk, anda pun merajuk jugak. Kalau dah dua dua merajuk, sorang kena naik bendera putih dahulu. Kalau tak, memang akan berantakan. Sentiasa ingat orang yang meminta maaf terlebih dahulu adalah orang yang hebat. So, berebut lah untuk menjadi orang yang hebat yer. Jangan tinggi kan ego anda untuk sesuatu perkara yang boleh merobohkan rumahtangga anda. Bodoh namanya tu.

Banyakkan memuji antara satu dengan lain. Time2 macam nil ah kita nak angkat bakul dorang. Misalnya puji masakan isteri sangat sedap dan lazat dari makanan di hotel 5 bintang. Heheheh. Itu namanya penghargaan bagi mereka. Puji suami dengan memuji harumannya yang sungguh wangi dan ketampanannya melebihi kehenseman Shah Rukh Khan. Maka, mereka akan terus masak dan kelihatan hensem untuk anda. Kan? Ambik hatinya dengan memberi hadiah pada hari2 tertentu. Siapa yang tak suka bila terima hadiah daripada orang yang dia sayangi. Beri kejutan, kerana wanita memang suka surprises.
Kalau nak tegur, tegur directly, tetapi jangan sampai menjatuhkan maruahnya di depan orang ramai.  Tegur dengan cara yang lembut dan berhemah. Kerana orang yang bahagia adalah orang yang suka terima nasihat dari orang lain. Nak jadi bahagia memang senang. Cuma kita sendiri yang selalu menyusahkan diri kita sendiri untuk tidak bahagia.

Bagi tahun baru ini, marilah kita tanam azam baru untuk menjadi orang yang bahagia selalu. Maksudnya elak kan melakukan maksiat. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi hamba itu mahu bertaubat. Numi sendiri pun memang tak lari dari dosa kecik dan besar. Tapi numi memang tengah usaha untuk mengubah diri. Doa kan numi, keluarga numi, dan para sahabat numi agar sentiasa menjadi orang yang bahagia dunia akhirat.

Allahualam.. Assalamua’laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe