Kisah 8 dirham

6:59 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum. Pernah dengar kasha 8 dirham? Haa, bagi yang tak pernah meh nak carita sedikit. Ini adalah ceritaa pada zaman Rasulullah saw dahulu. Rasulullah saw punya 8 dirham, baginda berhajat mahu beli pakaian baru untuk diri baginda. Semasa dalam perjalanan, Rasulullah saw terjumpa orang yang susah hidupnya lalu baginda member 4 dirham kepada orang yang susah itu. Maka tinggal pada tangan Rasulullah 4 dirham, lalu baginda meneruskan perjalanannya lalu jumpa seorang lagi yang tengah kelaparan. Lalu baginda saw member 2 dirham kepadanya untuk membeli makanan. Tinggal lah 2 dirham di tangan rasulullah saw.

Dengan 2 dirham itu Rasulullah membeli pakaian baru. Dan baginda pun balik ke rumah. Dalam perjalanan nya balik, Rasulullah berjumpa seorang miskin yang memerlukan pakaian baru. Lalu baginda memberi pakaian yang baru di belinya tadi kepada orang miskin itu. Lalu apa yang tinggal kepada Rasulullah? Tiada.. tapi Rasulullah rasa bahagia apabila dapat memberi kepada fakir miskin.

So, moral yang kita boleh dapat kat sini adalah, orang yang selalu memberi itu akan merasa bahagia dalam dirinya. Daripada orang yang menerima. Bukan itu sahaja, kita akan di doakan oleh si penerima dan jika benda yang kita beri itu bermanfaat, maka pahala yang kita perolehi tu akan berganda. Tidak akan miskin seseorang itu jika dia memberi @ bersedekah. Bukan sahaja di masjid2 kita menginfakkan wang, bahkan kepada anak2 yatim piatu, orang-orang susah dan tidak berkemampuan.

 Anak-anak yatim boleh menyucikan hati dan harta yang kita perolehi. Maka selalulah memberi kepada mereka. Apa guna nya harta yang banyak, tapi di simpan. Adakah ia asset yang kita pertahan kan untuk kita mati kelak? Hurmm, tidak. Tapi amal jariah kita di dunia ini yang kekal bersama kita nanti, dan doa dri anak2 soleh.

Oleh itu, banyakkan memberi tanpa mengungkit. Jangan kedekut mengeluarkan wang diri sendiri, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kayakan hati dan rasa bahagia selalu..
:D
 XOXO love Nurmi,
Allahualam. Assalamua’laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe