Boring weekend

5:48 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum.. hujung minggu yang membohsankan numi. Bila my B beroutstation kat luar KL. Dan numi pulak hanya duduk rumah. Ingatkan ada geng, rupanya cik reen kite ni kuar. Untunglah.. so yang patut numi lakukan adalah untuk update blog dan baca notes untuk test selasa depan.

Untuk my b yang mungkin tengah dalam perjalanan ke tempat  ot nya, drive carefully. Ni esok nak singgah Thailand sekejap yer, hati2 yer nanti kat tempat orang. Orang kat SA ni rindu nak cakap dengan B. Asyik penat, stress jer. Nak bercakap pun xda mood. Nasib baik mata boleh lagi melihat. Kalau stress try minum coke. Heheh, amalan yang tak sihat. Kalau perempuan macam tu lah, stress sakit kepala, minum coke then sendawa nyering2. Ahahahah, urrrrrrrggg... Alhamdulillah, kuar gas melalui hidung. Lepas tu gelak.. kan dah hilang stress.

So, what did i do this morning? Mengemas rumah la, rumah kami ni daha macam tongkang pecah, dengan rambut berterabur, lantai berminyak, cawan, pinggan lagi, dapur yang kotor. So, aku lah yang ambik tugas itu, kalau tak, memang boleh sampai berulat. Orang yang bertugas harini dah balik kampong. Orang nak kawin lah kan. Hehe.. Selamat Pengantin baru kak ilin dan bakal suami.esok majlis akad nikah dan terus bersanding. Kat dalam rumah kami ni ada 3 orang yang nak kawin, kak ilin minggu ni, kak diba bulan 12 nanti dan aku In Sya Allah bulan 2 nanti. Semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar ye. Kalau kuat jodoh tu, tak kan kemana jugak kan.

Hujung bulan ni In Sya Allah aku akan balik ke Kuching lagi, untuk majlis pertunangan aku. Walaupun sekejap, tapi rasa berkobar2 nak balik jumpa Adek dan nak jadi tunangan orang tu. Wah! Macam ape je kan. Kalau xda aral melintang kami balik. Yer orang2 kuching..tunggu ketibaan aku pulang ke kampung.

Dah hujung minggu ni, selalunya aku akan kms2 rmh then, petang baru kuar ngn my B. Hujung minggu ni ada limited sikit, macam banyak kerja ajer dia nak selesaikan. Orang yang bekerja sendiri ni mana ada cuti. Kan.. nak carik duit punya pasal. Kadang2 kita pun lupa, ingat sangat dengan dunia, sampai akhirat kita lupa. So, kalau boleh balancekan aktiviti harian kita yer. Ingatan ini untuk diri aku sendiri jugak. K lah nak update cerita lain pulak. Daaaa...

Assalamua’laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe