My Latest news & true love

4:53 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum, lama dah tak update blog numi ni, ini pun numi kena type dulu kat words, then baru dpt publish kat blog. Line internet tersangatlah limited sekarang ni. So, apa yang terbaru sekarang? Numi yang latest adalah baru balik dari Kuching pada minggu lepas. Nak bawak bf to meet my parents. Sekejap aje kita pergi dan tak ramai saudara yang sempat kami lawati. Di sebabkan masa sangat limited, kami pun jumpa beberapa orang jer dan pergi tempat2 yang penting.

Tujuan utama numi dan Ben balik Kuching minggu lepas adalah untuk memperkenalkan Ben dengan familyku. Dan untuk berterus terang dengan mama ku tentang tujuan utama kami berkawan. Memang ramai dalam kalangan orang sekeliling ku tidak bersetuju dengan keputusan yang kami ambil, tapi bila numi kenang balik, mama tu dah tua, dan dia sorang yang belum punya cucu dia sendiri, dan asyik ‘ngeresik’ bak kata orang Sarawak nak kan cucu. Aku jadi serba salah. Dengan usia nya yang semakin lanjut, dan keadaan dirinya, aku tak sampai hati untuk hampakan permintaan nya. Dan aku sangat bersyukur di temukan dengan Ben yang betul2 menyayangiku.  Terima kasih <3 p="">

Dalam berkasih kan memang kita selalu mengharapkan hubungan sentiasa baik. Tapi ada masanya terjadi jugak persefahaman  kan. Orang kata, kalau tak gaduh tak manis. Haha, ye lah tu, bagi ku pulak, bila bermasam muka meman suatu dugaan . untuk memujuk si dia dan menahan hati diri sendiri memang sesuatu yang amat sukar. Kita orang perempuan memang kena tahu angin orang laki ni, tak semua nya sama, dan akan ada masanya jugak kita akan terlarut dengan hati diri sendiri. Pada masa itu lah nanti, kita kena rawat hati kita dan mohon Tuhan untuk rawat hati si dia jugak. Bila badai menimpa, jangan sesekali menyebut perkataan berpisah. Haaa, ini selalu berada dalam ingatan yer teman2. Bila mana kita ada niat untuk berpisah, maka potensi besar untuk berpisah adalah sangat tinggi. So, untuk elak benda ini terjadi kita kena jaga percakapan kita. Bila keadaan menjadi tegang, baiknya untuk kita tarik diri dari perbualan, tenang kan hati. Orang perempuan ni, hatinya di mulut. So ada po ensi besar untuk dia mengungkapkan kata2 yang tidak sepatutnya di sebutkan itu. Orang kata, bila darah tengah manis, banyak perkara yang bakal menguji keteguhan hubungan kita. Memang pun you! Numi mulai rasa ujian2 itu. Tambah lagi dengan ujian2 mid term tak lama lagi, bertambah stress aku di buatnya.
Untuk mengekalkan kasih sayang, adalah untuk tidak selalu bersua muka. Bila mana jarang berjumpa, rindu itu akan ada di hatinya. Kita akan rasa nervous untuk jumpa dengan nya, macam pertama kali keluar dulu. Kan? Sweetnya, jangan la terlalu awkward, memang bila lepas bergaduh tu, kita akan senyap automatikli. Heheh, but still be cool. Tapi dalam hati bukan main lagi yer nervous nak jumpa. Hehehee.
Selain itu, selalu lah lihat semua gambar kamu bersama. Secara tidak lansung, hati yang panas akan sejuk. Muka yang masam jadi manis, dan kita akan mudah untuk tidur.

Dulu, kalau tak terima sms darinya sehari or sejam satu memang tak sah kan? Sekarang pun masih macam tu jugak. Walaupun bermasam muka, tapi nak tahan hati utk tidak sms nya adalah suatu yang menyiksakan you know. I am a very active bbm user. Dan bila jari ni tak bergerak untuk type bbm, memang aku rasa ada something kurang. Tapi kena jugak tahan. Bagi dia, untuk mengekalkan rasa excited terima sms kita, kurang kan sms dia dulu. Tunggu dia yang sms kita dulu, walaupun jari ni dah macam apa kan nak type tu. Jika di ayang sms kita dulu, maksudnya dia memang ingatkan kita. If not? He is not thinking of you at all. Or he is still mad.  

Kalau kita sudah benar2 memaafkan pasangan kita, do not ever mention what your partner did was wrong during the past. Kita maaf kan dia, dan kita terima dia seadanya. Kita terima setiap tingkah lakunya, rupa parasnya, dan terima sejarah silam nya. Redha dengan apa yang telah Allah bagi kita, in Sya Allah, kamu akan rasa bahagia.

Dan untuk menjadi bahagia bersama pasangan kita, kena lah dengan seseorang yang kita rasa selamat, selesa dan orang yang boleh buat kita ketawa dikala kita bersedih, berjalan seiring bila bersama, sentiasa menyokong setiap masa, dan menasihati kita di masa kita khilaf. Memahami kerjanya, masalahnya dan peribadinya. Seseorang yang betul2 mencintai kita tak kan meninggalkan pasangannya walaupun terdapat beribu alas an dan halangan untutk meninggalkan nya, dia tetap di sisi. Itu adalah cinta sejati. Aku harap apa yang aku temui sekarang adalah cinta sejatiku. J


Untuk itu, kekalkan ia dalam hati dan selaraskan ia dengan mati. Maut,rezeki dan jodoh kena selari, baru apa yang kita perolehi dan buat sekarang bukan lah sesuatu yang sia2. Okei. Walaupun kita banyak melakukan kerosakkan pada diri sendiri, tapi Allah tu Maha Pemurah, pintu taubat dia sentias terbuka untuk hambanya yang mahu kembali kepadanya. Ok, jangan pernah putus asa kerana kebahagian sentiasa menanti kita. J

bye, nanti numi update lagi, Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe