Tips Sihat Gaya Rasulullah.

9:12 PG

Bismillah
Assalamua'laikum
Selamat pagi semua. hari Ahad yang cukup indah di Shah Alam, kan? semalam dah hujan, memang sedap lah nak tidur tu. boleh lena sampai subuh, dan syukur Alhamdulillah masih lagi hidup pagi ni.
bangun pagi ni, solat subuh semua, belek2 fon, tengok fb. ade benda best tak nak share. tapi awal pagi selalunya tak de yang best sangat, lepas tu baca Al-Mathurat. Alhamdulillah, benda ini aku dah selalu buat, masa di sekolah menengah dulu, dan tak menjadi keberatan lagi, kalau ada masa terluang lepas subuh. dan selalu nya ade lah kan. amalan membaca al-Mathurat memang banyak mendatang kan manfaat kepada setiap muslim. ia nya adalah himpunan zikir2 Rasulullah di pagi hari dan petang. selain dapat menenangkan hati, ia juga merupakan doa2 bagi diri sendiri.untuk mengelakakn rasa sedih, murung, beban hutang,kesihatan tubuh badan dan kita sentiasa beringat akan kematian bila kita tahu apa yang kita baca. so memang tak rugi yer baca Al-Mathurat kawan-kawan. kita buat slow2, tak perlu lah baca dengan pantas nya, tapi tidak istiqamah. in Sya Allah, untuk amalkan gaya hidup yang sihat, kita sentiasa pohon doa dari Allah dahulu, sebelum bergantung kepada ubat. tq Mak @Pyza, & reen. dari last sem lagi dorang nasihatkan aku. mohon kat  Tuhan dulu, mintak di sembuhkan penyakit. Dia yang mendatangkan segala penyakit, dan Dia jugalah yang ada penawarnya. Alhamdulillah, sepanjang cuti sem lepas, aku mengamalkan kembali amalan membaca Al-Mathurat dah Alamdulillah belum lagi aku sakit2 macam aku last sem. selalu migrain, kena chalie lah. macam2 lagi sakit. Syukur  Ya Allah. sakit migrain yang aku selalu kena dulu, sudah berkurangan, kesan parut asid chalie dan asma aku berkurangan. itu lah yang Tuhan berikan kepada orang yang sentiasa sabar, kesembuhan dari penyakit.
baru-baru ini aku baca buku 365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH, DR.Mohammad Alitoha.
banyak tips yang boleh kita ambik untuk dijadikan amalan seharian kita. antara yang boleh aku kongsikan adalah pengambilan madu asli.

Tips 188 : Allah berkata dalam surah an-Nahl, ayat 69, "Makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai, serta turutlan jalan-jalan peraturan Tuhan yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu. Dengan itu keluarkanlah daripada dalam badan lebah itu minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi pewarna bagi pelbagai penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah bagi orang yang mahu berfikir". minuman yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah madu. Madu menghasilkan kalori dan enzim-enzim lengkap, madu juga mengandungi antibiaotik dan bermanfaat bagi menjaga kesihatan serta mengubati penyakit terutamanya penyakit dalam saluran pencernaan. selain dapat mengekalkan kecantikan kita didalam dan luar. :)



so people, sudah terang lagi bersuluh kan, Allah telah memberi kita penawar bagi segala penyakit. ini antara kita mahu ke tidak mengambil semua nikmat yang Allah bagi untuk kita sebagai penawarnya. selain itu, banyak lagi lah, antaranya kebaikan meminum teh hijau. ia mengadungi antioksida katekin yang bermanfaat meneutralkan radikal bebas. ia juga di percayai dapat membantu pembakaran kalori dan menurunkan kadar kolestrol didalam darah. badan kita juga In Sya Allah akan merasa segar selepas kita consume 2 gelas teh hijau sehari. selain itu,barah juga boleh dielakkan.ini kerana, teh hijau kaya dengan antioksida EGCC. antioksida ini dapat mengikat radikal bebas yang mempengaruhi pembahagian sel-sel barah. dimana sel2 barah ini berkemampuan membahagi dengan cepat dengan kualiti dan kitar hayat yang lebih pendek daripada sel normal. antioksida mencegah pembahagian progresif sel-sel barah. tamabahan puak, ia akan menyahkan semua sisa toksid dalam badan dan awet muda! itu yang aku suka. heheheh.. :)

selain itu, dengan mengambil Wuduk pun boleh mengelak pelbagai penyakit. memang tak sia-sia ok, kalau kita selalu dalam berwuduk. antara penyakit yang boleh dielak adalah : penyakit mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinusitis yang semakin meningkat lately ni, radang kerongkong, penyakit pernafasan eperti batuk-batuk, paru-paru dan penyakit mental. ada satu perkara sunat wuduk yang kita jarang buat semasa berwuduk adalah istinsyaq atau mengirup air melalui hidung semasa berwuduk dan Istinthar  mengeluarkan air daripada hidung. amalan ini dapat membersihakan hidung daripada kuman dan boleh mengurakan risiko jangkitan kuman. selain daripada itu, amalan mencuci telinga semasa berwuduk juga mendatangkan manfaat. di telinga kita, terdapat 73 titik akupuntur penting di telinaga, dan apabila di urut aliran tenaga atau chi ke seluruh organ menjadi lancar. kita akan merasa manfaat nya bila mengurut telingan dengan perlahan dan juga kesegaran ke seluruh anggota badan.
Nabi berkata "Solat tahajjud menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menjauhkan kamu dari penyakit". so, rajin2 lah ye kita solat tahajjud. bila tersedar tengah2 malam tu, kalian ambil masa 10 minit untuk bermunajat seorang diri kepada Alah. selain dapat menenangan diri, mengabulkan doa, kita juga, in Sya Allah dijauhkan daripada penyakit.

ini antara yang aku boleh kongsikan kepada kalian semua. harap perkongsian aku pagi ini mendatangkan manfaat bagi kamu semua. In Sya Allah. sedikit kata-kata semangat untuk diri sendiri dan kamu semua. Allah menyebut kenyataan berikut berkali-kali dalam al-Quran, "Berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." kabar gembira yang Allah nyatakan itu adalah syurga penuh dengan kenikmatan, maka bila sakit, bersabarlah, in Sya Allah, syurga menantimu..
Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe