Rindu dengan Mak aka Pyza Benjo

8:24 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum..
nak sambung sikit cerita sensasi yang terjadi dalam masa terdekat ini. tak banyak yang berlaku, tapi ada perubahan besar kan, ape dia? our mak, aka Pyza Benjo telah pun melanjutkan pelajaran nya kat UK. bukan Ulu Klang ye, ini United Kingdom.. heheh. Alhamdulillah. rezeki dia dan beberapa lagi pelajar orang asli. dia baru berangkat ke UK hari Sabtu yang lepas dan selamat sampai kat negera asing tu pada malam nya kot. 11 jam kan flight ke UK. dan hari ini merupakan hari ke 3 dia tak de kat rumah ni. sangat sunyi bila dia tak de, kalau dia ada, banyak je kami borak bersama. tambah2 lagi dia tu jenis kuat sakat, bergabung lagi dengan reen, lagi la power. ni bila dia tak de, macam sunyi giler bilik ni. aku dan reen akan bercakap bila ada topik best jer. kalau tak, masing2 layan fon. dan drama. bukan apa, mungkin aku kot yang jenis tak banyak bercakap. awal pagi, balik petang, dia akan banyak cakap dengan izzaura. :) dorang ni macam ada click kalau bercakap. heheheh. bagus lah, selalu nya si izzaura ni akan duduk dengan mak, dan semenjak mak dah tak de, dia akan duduk sebaris dengan reen dan ecah. aku pulak akan berdua dengan dira. memang sejak azali, tempat aku berkelakar bahasa sarawak dalam kelas selain on call dengan mama.
anyways~ harap mak sentiasa hapy kat sana dan sihat. kami kat sini akan tunggu mak balik yer. 3 tahun lagi. masa tu mungkin aku dan ada anak sorang dah. heheheheh. amiiin.

bila tengok balik video2 yang sempat aku rakam kan bersama mereka, boleh buat aku terharu giler ok. rindu nak makan sesama lagi. k lah, sebelum aku melalak sekarang ni. better kita tutup kan majlis ini dengan doa Ratibah. semoga ukhuwah sentiasa berkekalan kerana Allah. doa numi sentiasa mengiringi mak dan kawan2 yang lain..
Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe