Nenek Kesayangan ku.. :)

9:38 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum wbt.
hai korang, puas cuti kan? kelas kami lagi lah puas, ada advance cuti pada hari selasa, dan bila hari rabu pulak, sepatutnya pagi tu xda kelas. tetapi, kami semua kena jugak bergegas ke fakulti. sorang pun antara kami yang tak tahu kelas pagi tadi tu cancel. hadoi~, penat guwe bangun awal. kalau tak, memang sedap lah tidur, memandangkan malam tadi tak tidur. khusuk tengok movie lah katakan, 2 minggu tak tengok tv besar, bila dapat peluang macam ape jer. heheheh.. mata memang tak leh tutup. kalau lah malam tadi ada ulangan cerita Cinta Jannah. huhuhu, boleh layan jiwang dengan buah hatiku. haaa, ada lagi satu berita best nak khabar kan ni. memandangkan aku dalam program diet untuk mengecik kan badan ku sikit untuk majlis deknor tahun depan, aku berjaya menurunkan 2 kg. actually kalau ikut penimbang tu, dari 71kg, ke 70kg. itu pun lepas makan yer. selera makan aku berkurang semenjak akhir2 ni. entah lah, mungkin penat atau risau kan kesihatan nenek aku. baru tadi mama call, katanya nenek hari ni admit kat HJN lagi. tekanan darah nya tinggi dan doc sekarang tak boleh nak buat apa lagi. huhuhu, aku rasa macam nak jatuh jantung ku. Ya Allah, aku harap nenek sempat meraikan hari bahagia aku dan deknor nanti. amiin.. tadi sempat aku call nenek, khabarkan berita gembira aku ni kepadanya. macam biasa, nenek sempat lagi bergurau senda, walaupun dalam keadaan nya sakit. tak kurang jugak dengan nasihat nya untuk sentiasa jaga diri dan perhatikan orang betul2. rindu aku dengan nenek yang selalu duduk di beranda rumah tu, yang mulutnya tak habis cakap kalau aku dan mak ada kat kampung. nenek yang selalu bagi coklet kepadaku senyap2 masa aku kecik dulu. hahah..


memang aku perasan jadi cucu kesayangan nenek kan. nenek sayang semua cucu2 nya, tak kira lah tua or muda, kecik or besar. kasih sayang nya sama.  aku sentiasa doakan dia di kurang kan rasa sakit nya. nenek baru2 ni telah pun di sah kan mengidap penyakit paru-paru berair. so, harapan untuk dia sembuh tu amat tipis dan benda ini di sah kan lagi oleh doktor hari ini. tsekarang doc just bagi ubat untuk kurang kan raa sakit yang di hadapinya. baru tadi aku call nenek, katanya hari ni dia jumpa doc, dan asyik kena kejutan elektrik aje. ermm, sakit tu. hanya kata2 semangat dan doa yang aku kirimkan kepada nya. atas tu gambar yang sempat aku rakam kan sebelum aku balik ke Shah Alam bulan lepas, makin kurus kan nenek. harap raya haji nanti dia  masih sihat. Amiin..
ok people,nanti update lagi yer. aku nak cari busana contoh untuk baju pengapit majlis akad deknor nanti. heheh. nanti aku khabar kan berita gembira ku kepada kalian semua. In Sya Allah.
Assalamua'laikum.

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe