Jum refleks diri. :)

1:33 PTG

Bismilillah

Assalamua'laikum. 
motif gambar? aahha, salam jumaat semua
perkara yang orang selalu gelak, bila dorang bercakap dengan ku adalah, dorang selalu boleh kena kan aku. sebab diri ini lurus, jujur dan telus. dan kebanyakkan nay aku lebih suka mendengar daripada bercakap. masa yang perlu je aku aka bercakap, tapi kalau bab bergurau, memang boleh layan jugak la. kalau orang yang tak kenal aku, mesti cakap aku eorang yang serious, disamping senyuman manis nya. bila dah kenal, aku akan jadi seorang yang peramah, dan bercakap bila perlu aje.
perkara yang aku tak suka adalah, bila kita bercakap, orang akan condemn kita. bukan setakat itu akan melemah kan semangat orang yang bercakap, tapi tidak lansung akan mengecewakan. walaupun perkara yang dia kata itu salah, but at least tegur secara berhemah, biar di lakukan secara berduaan, bukan dalam kumpulan yang ramai. kena tahu jugak, hati orang tu, tau lah diri tu hebat kan, tapi jangan terlalu takbur. semua yang kita ada ini adalah pinjaman semata.
dan lagi satu, banyak kan ketawa akan menggelapkan hati. walaupun kita di sarankan untuk ketawa sebagai pengubat duka kan. kena kawal jugak ye. dalam seharian kita, walaupun kita ada 24 jam, kita kadang2 rasa masa yang Allah bagi itu pun tak cukup untuk aktiviti seharian kan? betul tak? sebab apa? pernah tanye kat diri sendiri tak. kenapa seharian kita, rasa macam tak cukup, tak ceria, tak happy dan tak bahagia? mungkin sebab masa yang kita ada tu, kita banyak bazirkan kepada perkara yang membuang masa. betul tak? so, untuk mencukup kan masa kita bahagikan 24 jam kita kepada 3 bahagian. 8 jam untuk kita rehat, 8 jam untuk kita ibadan dan 8 jam untuk kita bekerja/belajar. memang senang untuk aku ungkap kan perkara ini kan, tapi untuk melaksana kan nya teramat lah susah dan payah.
8 jam untuk tidur tu, rasa nya kebanyakkan orang mengambil masa lebih untuk tidur, diri ku pun sama. cuma bila masa belajar sekarang ini, sekurang kurang nya aku memerlukan 6 jam tidur. dan 2 jam selebihnya kalian boleh tidur masa tengah hari. ok, untuk beribadah 8 jam, amatlah mustahil. kita bersolat 5 waktu sehari, dan estimate masa yang diambil untuk satu solat adalah 10 minit. so total untuk 5 solat adalah 50minit. ok, kita ambik genap satu jam lah sehari kita solat. ok, mana perginya 7 jam yang lain? dalam beribadah, kita boleh mempelbagaikan kan, contohnya, belajar, mengaji, makan, mandi, bermusafir. asalkan kita niat kerana Allah. itu dikira sebagai ibadah. dan tambah lagi dengan solat2 sunat yang kita boleh lakukan untuk menebalkan iman di hati kita. solat sunat Taubat, Dhuha, Qabliah dan Ba'diah, Tahajjud dan banyak lagi lah. perbanyakkan zikir2 yang di anjurkan oleh Rasulullah sebagai amalan harian kita. contohnya membaca al-Mathurat selepas Solat Subuh dan Solat Asar.


selain boleh menambah lagi iman, ia juga boleh menenangkan diri kita. sebagai contoh, aku ini yang selalu migrain. migrain akan beransur pulih bila aku sujud dengan lama.
haaa, ini antara perkara yang boleh aku kongsikan dan untuk refleksi diri.
terima kasih sudi baca.

assalamua'laikum 

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe