Raya 2013

11:24 PG

Bismillah
Assalamua'laikum..
sekarang dah seminggu beraya. baru ada kesempatan nak update semua gambar2 dan cerita2 raya.
mari saya mulakan, raya pertama telah pun jatuh pada hari Khamis, pagi khamis tu kami sekeluarga awal pagi dah pergi ke surau Darul Ibadah. semangat yer, sebab buat pertama kalinya bapak jadi imam untuk solat raya dan dia juga yang baca khutbah. :) ramai jemaah lelaki yang hadir, tak kurang jugak dengan jemaah perempuan. masa bapak sedang baca khutbah tu, memang aku dengan mak semangat nak dengar pada mulanya, tapi bila dah 15 minit kemudian, bateri pun dah low. mata pun dah kuyu, dan posisi duduk dah pun mula terhangguk hangguk macam qariah mengaji. aku pandang mak, mak pandang aku. hehehhe. mata dua2 kuyu.usai khutbah, ada majli tahlil dan sedikit jamuan.
jam 10.30 pagi macam tu baru kami sekeluarga bergerak ke rumah nenek,tema baju raya untuk hari raya pertama adalah warna Kuning. heheh, meh nak show sikit gambar kami sekeluarga.


bukan kami jer yang berbaju kuning yer, makcik numi "mok " pun sama, seperti biasa tradisi keluarga kami akan bersalaman beramai-ramai. mohon ampun dan maaf sesama keluarga. tahun ni memang meriah, dengan kehadiran banyak cucu menantu baru. hehe, dan banyak jugak baby baru.
hidangan yang di sediakan di rumah nenek memang special. Mee Kolok goreng dengan sup tulang. perghhhhh.. bapak aku memang banyak kali jugak tambah. lain kan? orang selalunya akan menghidangkan rendang, kari, kurma. tapi kat rumah nenek sama ada dia nak hidang mee kolok atau spegetti. heheh.
sesi bersalaman kami akan mula bila hampir semua ahli keluarga kami hadir. jam 11.30 pagi baru ramai yang datang.  berbaris yer kami kalau nak bersalaman dengan mak2 dan pakcik2 ni. nasib bek rumah nenek besar, dapat lahjugak buat sampai 2 round salam. sampai jemu pulak nak bersalam kan. hahahah.


angkatan kak Tini  sekelurga dan kazen aku yang cantik. Deknor memang amat di nantikan. sebabnya, tak lengkap kalau kami tak bergambar bersama. dan seperti biasa jugak, aku akan call dorang tanya kan bila nak sampai rumah nenek ni, dah nak tengahhari dah ni. belom jugak sampai, tak kan lah jauh sangat kot kampung cemerlang dengan rumah nenek.
bila dah bertemu, suasana bertambah bingit yer. dengan riuh nya aku, bising nya deknor, dan banyak jugak cerita dari kak tini. hehehe.. jap2 nak show sikit gambar yang sempat kamera comel aku ni amek.

me with deknor, riuh di pagi raya..
suasana pagi raya dengan makcik2 dan kazen2ku
saya dengan kakak susuan ku. nodi.
ok, sudah2, banyak dah gambar kami ni kan, kalau nak tengok lagi gambar raya kami (rasa macam ada kan) boleh pergi ke facebook aku yer. :)
seusai beraya di rumah nenek, kami balik ke rumah. adik beradik tiri aku pulak gi nyerang rumah kami. hampir tenggelam ok rumah kami di serang adik beradik ku. tambah dengan cucu2 bapak yang bertambah. yang terbaru adalah Ameera. anak abang jo. heheh. bapak kata meera ni macam aku masa kecik dulu. comel, suka posing bergambar, tak takut kat orang. memang pun kan. comel jer budak kecik tu..

itu yang duduk terkangkang tu meera. blkg dia, mak nya. 
gamatnya suasana hari raya rumah ku..
ok, done bercerita hal kami sekeluarga, pada hari raya ke 5 rumah kami pulak yang sibuk nak buat open house. aku seperti biasa, Princess bangun jam 1 pagi, siap berkemas semua, kerja aku just setting meja, pinggan dan semua nya lah, kerja masak memasak mama dan adik ku yang buat. menu utama kami pada hari tu, Mee kolok goreng, bihoon goreng, coslo buah campuran, ayam goreng berempah dan ayam masak kicap. jam 12 tengahhari rumah kami dah mulai ramai orang, makcik2 numi, jiran tetangga dan yang paling ramai datang adalah kawan2 adikku, biasalah kan, orang fames ni. kalah aku! . kawan-kawan aku pulak datang pada belah malam, yang datang Emeldza, Zul, dan kawan mereka. tak sangka jugak si Zul masih sudi datang ke rumah ku dan tak sangka pulak dorang datang bersama. hahah. lepas tu, Asz dan kawan nya pulak datang. serta Kush dan kekasih hatinya datang. aku memang tak meang tangan nak layan semua orang. sepangjang hari sibuk melayan tetamu, merefill makanan tak sudah. mama, sibuk melayan tetamu. aku ni kuar masuk rumah. huh. Penat!. ermm tak sempat nak bergambar banyak2.
ok fellas, memandangkan masa amat mencemburui aku menaip ni, aku kena bergegas ke Buntal, cari ikan untuk di bawa balik ke KL nt. nanti akan tulis lagi yer, assalamua'kum..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe