Menjelang Hari Raya 2013

1:23 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum wbt
Menjelang hari raya, tinggal 4 hari lagi nak hari raya, In Sya Allah. ramai yang tak sabar nak meraikan hari raya. Seperti kebiasaan setiap tahun, keluarga kami akan mengadakan majlis Tahlil untuk arwah Atuk yang telah pergi beberapa tahun yang lepas. dan masa itu yang kami nanti kan untuk bersama-sama berbuka puasa bersama keluarga besar kami. so, tarikh yang telah di pilih adalah hari ni, hari Ahad. aku sekarang berada di rumah nenek. awal kan? heheh, biasalah, takut nenek merajuk lagi. semalam baru saja aku singgah datang kat sini. sempat jugak aku borak ngan nenek, nak tengok persiapan untuk esok nya kan, tengok rumah nenek, banyak yang belum kemas. lepas tu nenek tanya " esok kamu nak datang sini jam berapa?" aku terus jawab "jam 3 petang kali". kira nya kan, jam 3 tu awal dah bagi ku. terus nenek ku jawab balik macam orang merajuk " hamper juak akhir kitak orang nak datang, siapa nak bermasak kat rumah tok? kelak ada tetamu sik makan kelak" bunyi nada suaranya macam orang merajuk. "kinektok, cik kau jarang dah datang ngabas nenek. mun dolok seminggu ada 3 kali nya ngabas. lamak Fatin belajar tok, jarang nya dah ngabas nenek." rajuk nenek berpanjangan. mungkin dia sunyi, anak anak perempuan nya jarang dah nak datang jenguk nya kat sini.

bila di fikirkan balik, mungkin kita nanti akan jadi macam ni jugak. bak kata orang sarawak 'Beraie'.. beraie ngan anak anak nya. mama aku pun sama. kalau aku jauh di semenanjung, kalau sehari tak sah kalau dia tak call setiap pagi, tengahri dan malam. kalau tak, beraie lah nya.
mungkin jugak nenek beraie dengan atuk. kalau dulu, rumah ni memang tak kan sunyi. ade jer suara pak nek yang membebel. ingat lagi dulu, maa kami kecik2 dia ada seekor kucing hitam pekat. yang selalu jadi peneman paknek. kucing kesayangan nya. kami kazen semua memang takut dengan pak nek dan kucing nya. pak nek memang seorang yang garang. mama pun salu cerita jugak. tapi itu lah yang menjadi kan orang lama ni sangat patuh pada orang tua nya. kan?


Jumaat lepas telah di adakan majlis sambutan Khatam Al-Quran di Masjid Darul Ibadah, ramai rupanya peserta tadarus. aku pulak di minta menjadi penyampai saguhati kepada setiap peserta. bapak pulak sibuk bisik kat aku. "rugi tau kau ni tak masuk tadarus. budak-budak dapat duit raya serta hamper" hehehe, memang lah kan, itu yang aku kejar kan dalam bertadarus. aku bukan nya tak nak bertadaru setiap malam, tapi untuk teman kan mama di rumah lebih menjadi keutamaan ku.


normah jenis yang suka terperap di bilik. hanya aku yang selalu dengan mama kehulu dan hilir. aku rindu kan mama. dan 5 bulan tak jumpa dan bulan puasa ni memang aku penuhkan masa aku lebih di rumah. aku masih jugak mengaji, setiap subuh dan selepas Maghrib.

pose jap, heheh
fokus2.. 

majlis Khatam al-Quran bermula seusai solat terawih dan witir. ramai yang datang memeriah kan majlis itu, hampir penuh surau dengan jemaah semua. termasuk adik ku. jarang kot dia nak pergi ke masjid ni, penat berkias, asyik penat je katanya. huh..


 heheh, mungkin nak tengok anak mereka Khatam al-quran. memang adat orang melayu kat sini, dorang akan bawa nasi pulut dan telur sebagai hadiah kepada orang yang mengajar mengaji. mungkin sama kot adat ni kalau di semenanjung.


majlis tamat sekitar jam 11 malam, selepas semua jemaah di hidang kan dengan sedikit jamuan. :) 
ni nak citer cikit time makan ni, heheh, pada mula nya mama berat hati nak makan, kenyang kata nye, tapi aku dan normah ni, memang pantang kalau moreh dekat surau. kalau dulu di surau kampung nenek ni,  memang saat2 ni lah yang di nanti kan. supper! hahah, lepas tu, kalau x habis makan, boleh bawak tapau balik rumah. heheh itu zaman kecik-kecik dulu lah. sampai berebut kot nak kan pinggan yang penuh dengan kek coklet. haha, tapi malam tu, kami di hidang kan dengan mee hoon goreng, mee goreng, pelbagai kuih muih. sampai aku rasakan berlebihan pulak. mama, nak tahu dia cari apa? dia tanya, "mana agar agar yang aku beri petang tadi?" hehehm banyak-banyak kuih yang di hidang, kuih dia sendiri jugak yang dia carik. hahaha, memang lah kan mama. jenis yang sangat ambik tahu hal hal makanan nya. rupa-rupanya agar2 mama dorang simpan, untuk makan kelak. mak pun bising lah, mintak agar2 tu di keluarkan sekarang jugak untuk makan bersama tetamu. terus abang man hantar kontena mama kat depan. bila dah depan mama, baru puas hati mama tengok seua tetamu merasa agar2 nya. itu yang mama mahukan, makan bersama-sama. bukan makan sorang je yer..bak kata mama. "jangan terlalu kedekut time bulan puasa ni, nanti rezeki tak masuk". kan,,, ? prinsip itu yang aku akan pegang. in Sya Allah. k lah, nanti numi tulis lagi yer. orang rumah dah bising ni. mama dah naik suara nyering nya. menegur anak-anak buah ku. hahah, sedikit terasa di situ. 
nanti numi tulis lagi. eh lupa nak ucap selamat hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi ni. Maaf zahir dan batin, di harap sesiapa yang pernah terasa dengan penuliskan ku selama ini, harap di maafkan ye. 
Assalamua'laikum :) 

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe