Salam Ramadhan buat kawan sekalian

10:00 PTG

Bismillah,
Assalamua'laikum..
Alhamdulillah, dah 4 hari dah orang islam berpuasa, dan sudah 4 hari jugak aku berjual kuih kat tepi rumah kami tu. sambutan memang menggalakkan.


 Alhamdulillah. dan mulai 4 hari yang lepas rutin harian ku memang telah berubah. berubah waktu bangun dan tidurku, berubah cara aku buat kerja rumah. pada mulanya, agak kekok. sikit lah, aku lihat rumah kami tu agak sempit. walaupun pada dasarnya memang sama. cuma yang menyempitkan rumah kami tu adalah barang2 yang tak perlu tu semakin banyak. sesak ok!. haish.. dan bilik tidur aku dan adik ku pun macam semakin kecik. dengan baju adik ku yang menimbun mengalahkan gunung santubong. nak di marah, dia jenis yang tak makan saman. aku just diam je lah, nasib lah mama dah tukar tilam usang aku dan adik ku, tapi si adik pulak yang tak nak bukak plastik tilam. athernya, nak bagi aku merasa tilam baru. hahahah, aku memang tak suka lah tilam beralaskan plastik.. pana weh!..
pada malam kedua aku dah buangkan platik tilam tu, dan kemas sedikit  bilik ku yang penuh dengan baju. rasa bersalah jugak, bila teringatkan kata2 kawan lamaku, athernya " kalau kita tak pakai baju dalam masa 30 hari, baju tu nanti akan datang menghantui kita" hehehe, entah betul entah idak kan katanya tu.

memang pada mulanya agak susah bagiku untuk menyesuaikan diri kembali untuk berada di rumah, setelah setengah tahun rumah tu aku tinggalkan, tambahan pula cuaca kat Kuching memang sejuk.awal pagi tak sah kalau aku tak bersin kat rumah ni. mungkin bagi kawan2 aku yang berada kat kuching ni akan gelak kan au dan kata aku ni mengada kan. tapi memang hakikat nya macam tu. kat sini.

ok aku tak banyak masa nak update banyak2 ni, mama aku dha bising. just aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan2 aku yang beragama Islam. semoga kita semua beroleh ganjaran pahala yang berganda k dengan memperbanyakkan zikir dan bacaan al-Quran.

dan buat seseorang yang aku dambakan yang berada jauh di sana, aku harapkan bulan penuh barakah ni kita tahu akan tujuan dan hala tuju hubungan kita. aku mengharapkan cinta yang suci dan tulus dari mu dan biarlah hubungan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. (hanya orang tu yang faham apa yang aku maksudkan, senyum ok..)

adiyos,, assalamua'laikum..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe