Satu Desa Sejuta Warna, di Kampung Pasir Salak, Perak

1:21 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum
minggu lepas Gawai kan, seminggu jugak lah, tak bnayak yang aku buat. cuma nak cerita pengalaman aku masa jadi anak angkat kat program Satu Desa Sejuta Warna (SDSW) yang di adakan oleh fakulti Undang-undang. ini kira pertama kali jugak aku mingle dengan budak2 law ni. aww.. sangat awkward ok. susah jugak. mungkin sebab aku yang kurang ramah or mereka yang agak sombong. entah, beta pun tak tahu.
kami berangkat ke Perak pada hari Jumaat, jam 10 pagi gitu, dan perjalanan kami ke kampung Pasir Salak mengambil masa dalam 4 jam. mungkin sebab driver bus tu tak tahu jalan tu kot. heheh. dan yang tak best nya, kai kena naik bus depan, yang aku lansung sorang pun tak kenal dengan orang dalam tu. sebab nya majoriti yang join program tu budak2 law dan aku pulak sama bus dengan ajk semua. wah! memang tidur je lah sepanjang masa. huhuhu (T_T)
kami sempat singgah ke RNR untuk Brunch, dan kat situ baru lah aku mula bercakap dengan orang. nasib bek dorang ni walaupun tak de peramah sangat, tapi dorang boleh lah jugak cakap2. namanya ain dan nash. waduh! teringat dengan Nas bila sebut namanya.
dan lepas 4 jam perjalanan, kami pun sampai ke Kampung  Pasir Salak. suasana kampung yang amat tenang dan nyaman. kira nya kan , kampung ni ada sejarah nya tersendiri tau. ah, siapa tahu? sejarah tentang kampung ni? sila kongsi cerita sikit....heheh
so, kami tiba kat Kampun gPasir salak jam 3 petang. dan kami pun bergerak ke Surau kampung untuk solat jamak takdim.  dan usai solat, kami ada sedikit taklimat tentang perjalanan majlis penyerahan anak angkat. sambil dihidangkan cucur pisang x size. heheheh. lepas tu, kami bergerak pulak ke Dewan Serbaguna Kampung Pasir Salak. since this is Perak, aku terus teringat dengan cite Hantu Kak Limah. kan dorang berlakon di perang, tapi kampung je yang lain. jarak antara Surau dengan dewan ada dalam 300meter. jenuh jugak berjalan ok. bawak beg besar lagi. aish..



dalam jam 4 petang majlis dimulakan dengan doa, kata-kata aluan daripada pihak kampung, yb dan ramai lagi lah.

dan penyerahan anak angkat dimulakan pada jam 5 petang. ramai yang terlibat, kira-kira 25 buah family angkat yang menerima kami sebagai anak angkat dorang. uhuhuk. terharu k.


the moment nama ibu angkat aku dipanggil, dalam hatiku, terus kata "cantik nya mak angkat ni". dan aku tak tahu pun yang mak angkat yang aku puji tu mak angkat aku. sebab nama parents angkat dulu yang di panggil, then baru nama anak anak angkat dorang. hahaha. memang ada connection kan kami ni. aku dengan mak aku dirumah pun sama. usai pembahagian family angkat, kami di jamu dengan hidangan petang. makan kueh mueh tradisional orang perak, ni first time jugak aku makan. nama kueh tu 'Cecumit'. alaa, lupe  nak  ambik gambar, sebab kuih tu sedap k. lemak2 manis gitu lorh. heheheh. lepas makan,kami pun beransur pulang. aku naik motosikat dengan mak angkat aku. dan dengan gaya minah rempit, amk angkat aku bawak moto dengan berhemahnya. heheh. tak sangka wanita yang dah berumur lewat 50 an masih boleh menunggang moto. heheh


bila dah kami ni balik rumah masing2., rasa penat tu memang terasa. tapi kena jugak berkenalan dengan mak angkat dan family angkat kami tu kan. actually, aku dan aqilla(adik angkat dari fac polisi) kami tinggal di rumah kakak angkat, kak Miah. she is a lovely women with 3 kids,



malam itu kami dinner dan rehat secukup nya. esok dah ada aktiviti gotong royong pulak.
the next morning, bangun je dari tidur, aku sakit tekak, dah lah kena jadi fasi untuk program hari ahad. di sebabkan sakit tekak ni aku diberi peluang untuk rehat kt rumah, dan masa rehat tu aku sempat belajar naik motosikal. wah! kau ade, aku belajar menunggang motosikal, dan dalam masa sejam je akud ah boleh pusing2 kampung ok. terer tak? gamble jer bawak moto. lagipun motsikal kapcai je. bukan nya berat dan tinffi sangat pun. ahahah.. pada belah petangnya, kami pergi pengilan/ rewang kat kampung. dengan perut yang sangat lapar, dan hidangan majlsi tu yang sangat enak, licin ok pinggan aku! ahahah.. gambar kat atas tu, kami serumah pergi berjala kaki ke rumah pengantin. nasib tak jauh. :)
kat bawah ni adalah gambar sekitar berlansungnya majlis persandingan tu, makan memang tiptop, ni first time aku datang makan nasi minyak dengan ayam panggang. dan niyo masak lemak.
bubur ape entah, tapi sedap! 
ada mushmellow, aiskrim malaysia, coklet duti buanh2.
meja tetamu, 
me family eating aiskrim malaysia
ketibaan pengantin dengan pengantin lelaki pakai spect, heheeh
meja pengantin yang sangat grand..
so , majlis kawen tu kira meriah, dnegan kehadiran jiran2 dan anak2 angkat dari UiTM. dan , itu jer kot aku nak cerita buat masa ini, ada bnyak lagi sebenarnya yang kami lakukan, tapi pada belah petang tu, hanya ada sukaneka bersama family angkat. banyak games yang kami mainkan,tapi numi tak sempat nak snpa gambar. hohoho. takpe dalma entry yang lain numi cerite ye.. k la, nak balik rumah dah ni, esok lusa numi update lagi, assalam..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe