Faiz Advance lagi dari Mak long nya..

3:28 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum,
harini, tepat jam 11 pagi selesai dah satu paper. Subjek Numerical. dia ni adik beradik dengan Math jugak, cuma dia ada pelbagai cara untuk simplify kan method kira2 dalam Math. nama subjek pun dah macam nama aku kan, Numirical.. hehheehh.. teringat masa jawab paper tadi, aish~ hanya mampu bertawakkal sahaja. orang yang paling pandai dalam kelas kami pun kata soalan tu memang susah, apatah aku ni yang tak berapa nak pandai ni. hahah,tulis jer apa yang patut dekat atas kertas tu. dah balik tu, tertidur kejap, ambil mesej ngan dia. tak lame lepas tu, kakak ipar aku pulak yang call. lame gile dah tak dengar khabar darinya. kami walaupun duduk sama negeri, aku belum sempat nak call dia, bukannya aku buang batu, cuma aku tak nak mengharapkan dorang untuk bagi kesenangan kat aku. lagipun mama pun dah pesan, kalau boleh try not to ask for their help. huhuhu. maaf la akak. tapi numi memang rindu kan akak dan anak2 buah numi tu. ni akak bagitahu yang faiz tahun ni PRM yer. numi akan doakan yang terbaik untuk abang k. cuma sekarang ni faiz lebih kan internet, (whatsapp) ! aishhh.. budak2 zaman sekarang ni. apa nak jadi. aku ni yang punya banyak hp pun susah nak paham cara main whatsapp tu k. bagi aku, whatsapp is a waste of time. kira sama jugak macam masej kan, cuma yang lain nya, dia perlukan connection dengan internet aje. faiz ni, mesti nak whatsapp makwe dia lah tu. alahaaaaaaaii..

pesanan untuk abang Faiz (anak buah yang di sayangi):
cik abang faiz, maklong lagi tak de pakwe, dia pulak yang dah advance kan dari maklong. adoinaaa, maklong pun ada whatsapp tu, tapi tak de lah addicted sangat sampai study pun terabai. jangan yer! PMR tu penting. abang kena score PMR, supaya dapat pilih jurusan apa nanti. kalau susah sangat tak nak study, at least score dalam subjek teras k. BM, BI, Math, Sejarah dan, Agama Islam. try at least dapat A, dalam semua subjek ni. senang je pon. abang kena ingat dengan ibu tu, banyak pengorbanan yang dia buat k, untuk membesar kan korang dua beradik sorang2. abang kena tolong ibu. jangan dok whatsapp jer.
kalau nanti maklong balik rumah korang, siap lah hp tu maklong ambik!

itu antara pesanan atau ingatan yang akan aku sampaikan kepada anak buah kesayangan aku tu. dok whatsapp jer kan. ku whatsapp engkao balik nanti. haishh! dah2, dok membebel jer kan, k lah.. nanti aku update lagi. assalam.. :)

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. SeriOusly love ur blog.. :) do add me if u have facebook.. :) fb.com/mohdaizat92

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe