SPM &STPM result

1:43 PTG


Bismillah
Assalamualaikum

hai korang semua?  Rindu tak entry2 numi. Hahah, perasan, rasa macam ade pula yang nak baca kan, lately ni jarang dapat mas nak on9, sebab2 utamanya adalah line internet yang lembap di kampus. Lagipun sekarang dah mula banyak kerja nak buat jugak kan. Korang faham2 jer lah.
Hari ni result spm kuar kan? So adik adik ku yang sekarang ni mesti ada yang tengah bergembira, sedih suka dan duka. Macam2 perasaan lah, takpe2 akak pernah jugak rasa macam tu dulu. Tahun 2009. Tapi itu semua dah memang rezeki korang kan, dapat result, itu bergatung dengan usaha korang selama ni. Redha jer k. In Sya Allah dapat jugak sambung belajar tu nanti. Dan pastikan korang pilih jurusan yang betul2 korang minat k. Sekarang ni ramai yang ambik course bukan atas minat,tapi desakan ibu bapa dan kawan2. So korang kena piker banyak kali dan jangan terus bersetuju. Ingat! Ini masa hadapan korang. Yang tentukan korang diri sendiri. Bukan nya orang di sekeliling korang tau~

Bila imbas balik kenangan masa ambik result SPM dulu, memang best~ rasanya semua orang seronok masa ambik result tu, geng2 aku ramai yang dapat result gempak! Memang dorang ni otak geliga lah, dapat masuk 12 subjek sekali gus. Heheh, dan lepas ambik result tu, Cikgu Marini siap sediakan jamuan lagi untuk kami semua. Hehe, dah ah dengan sempitnya bilik guru, dan dengan ramainya kedatangan kami meruduk kat bilik cikgu tu, buat nya ada yang pengsan kat sana. Hahahha
 Pastinya itu antara kenangan manis kami. Mungkin korang sendiri akan ada yang mengukir kenangan manis hari ni kan. tadi baru terbaca di Borneo Post, kejayaan salah seorang adik SHOAWIAN kami yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM nya. Tahniah kepada adik Noraini Muhammad Nizam, dengan keputusan yang amat cemerlang. dia antara bunga2 yang mekar di taman Shoaw dan Tunaz dulu. :) 
kalau nak tahu lagi, korang boleh ke link ini: SMKA SHOAW AMaZING RESULT

k lah people, harap ramai lagi dalam kalangan adik2 yang memduduki SPM dan STPM tahun ni akan mendapat keputusan lebih baik dari senior2 korang ok.. adiyoss..
assalam



You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe