How to make Mini Cabinet

9:28 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum..
ada yang dah tanya macam mana aku boleh buat mini cabinet yang comel tu kan. hehehhe. perasan kejap. ermm, bagi kawan2 yang nak buat. korang punya daya kreativiti tu kena tinggi macam aku~. chewah dah angkat bakul sendiri dah. then kena ada bahan2 yang diperlukan dan jugak minat yang mendalam untuk buat something by your own. kita tak nak lah beli jer kan. so, how about we make our own pieces of cabinet. buat yang kecik2 je. pun boleh.. kan.. dan kena ada jugak imaginasi yang tinggi dan applykan ilmu2 korang kat dalam kelas tu mase sokolah menengah dulu tu. heheeh.. k, ready dah nak buat? mula2 korang kena ada beberapa bahan yang nak diperlukan untuk buat.

Bahan bahan yang diperlukan:

  1. 2 keping cardboard (warna sukahati korang lah) 
  2. hot glue gun
  3. cutter
  4. ruler
  5. kertas warna
  6. magic pen
  7. garpu plastic
  8. lighter
so cara membuatnya? ermm, sangat complicated, korang kena buat cutting untuk belakang cabinet tu.jap korang g tengok macam mana cabinet tu kan, haa, macam tu jugak lah. ada pintu ada laci dan ada penyangkut nya kan. so korang buat lah potongan2 cabinet tu kat atas cardboard. tapi pastikan korang guna ukuran yang senang. contohnya numi buat 30cmx30cm, sengan lebar 10cm.  senang nak buat potongan nya nanti. ahh, dah buat semua cutting kan? haa, tinggal nak lekat2 jer sekarang ni. untuk bab lekat melekat ni, pastikan kena guna hot glue gun. AWAS! hujung mulut hot glue gun tu panas ok~ boleh buat melecur ok.. hati-hati k.
dah siap memotong, melekat dan tinggal nak menghias jer lagi. so, itu ikut kreativiti korang lah. macam numi ni tak de lah pandai melukis, so, ambik senang main lekat jer. potong2 kertas warna, tinggal lekat jer lah.
untuk penggantung gelang kat dalam cabinet tu, kena guna garfu plastik. kan gigi garfu tu ada 4 kan, korang potong 2, bair dia rongak dan korang kena potong lagi giginya untuk pendek kan. then, ambik lighter untuk lembutkan plastik dan bentuk ikut suka korang. so senang jer kan, guna cawan polisterin untuk letak 4 garfu tu. dan buat lubang kat atas cabinet tu untuk bagi ruang sudu garfu tu masuk dan berpusing. heheh. tak faham dah?? adeh~susah nak explain, aku pun nak explain susah.. korang kena imagine k. macam mana nak gantung kan gelang tu nanti. aku dah bagi idea dah, so tinggal korang je lagi nak buat. faham teman teman?
k lah, nak tunjuk lagi gambar mini cabinet tu. rasa syok sendiri pulak.



You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe