First Day of Class..

4:35 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum
first day of class. hurmm, not bad. starting awal pagi yang meranik untuk hari isnin. memandangkan kelas numerical kan. so menghadap komputer jer. boleh jugak usya2 berita harini dulu. mase kelas tadi rasa macam lama sangat. mungkin sebab suasana kelas yang terlalu serius, takde senda gurau kot. itu yang rasa masa tu lambat sangat. dah lah dari tadi asyik tengok jam jer, lepas tu tengok balik at depan. dan yang lagi tambah rasa lainnya bila dira pun tak de. huhuhu, nak merajuk ni..:(

pasal semalam, numi sampai kl jam 12.05 tengah hari, sepatutnya sampai jam 12.15tengah hari. awal 10 minit, memang aku rasa pilot tu drive belon tu memang laju semacam. sepanjang flight tu aku tidur jer. nak melayan awek cina yang tak tahu cakap english tu buat kepala pening jer. sorang cakap english, dia cakap mandarin. aku just angguk and geleng jer lah. tangan pun main peranan jugak. heheh. apedaaa. rugi tak hafal semua vocab mandarin dulu, kalau tak, boleh jugak borak2 kan. ni tidak, tidoor aje sepanjang flight semalam. huh. lepas tu sedar2 jer dah sampai kat lcct.. senyum lebar... tapi di sambut dengan cuaca panas kat KL ni, memang macam biasa jer lah..
then naik bus ke KL sentral, then naik lagi bus gi seksyen 2. nasib ada jugak budak UiTM, student sabah. memang friendly punya orang.. bila dah sampai Seksyen 2 tu, terus lagi naik bus Seranas untuk ke pangsapuri  Baiduri. sepatutnya kak Su yang amekkan, kesian dia tunggu numi lame.. tengok2 jam 3 petang lebih dah sampai umah. Alhamdulillah.

Pada belah malam nya, kami bertiga beli sikit2 jer barang dapur.

OMG aku nampak gemok dalam gambar ni.. ! huh... xpe2 ni baru awal sem.. huhuhu.. kalau dah hujung tahun ni, kompom besar jari kelingking jer. itu janji yang nak ditepati tahun ni.
ok~ malam semalam kami beli barang dapur dan beberapa rak buku. overall memang tak puas hati. huh!!!!!! mahal siot kat Tesco. huh.. taubat pas ni xnak shopping lagi kat sana. walauun gambar nampak happy, tapi nasib bek share2 kan. huhuhu..


dan harini punya kelas, punya lah pack.. sedih hati tengok kelas. seharian kot kat fakulti kalau hari selasa. hari2 lain, boleh tahan la.. so, free time dok melepak kat libry and dekat meja mesyuarat jer lah. sambil layan movie Katalog yang tade subtitle. memang main bantai jer. lepas tu reen pulak buat dialog sendiri. hehehe..
lagipun movie tu memang lucu jugak k.. try korang tengok cerita Bulong. maksudnya Berbisik. @ Bisikan.
memang lucu. boleh2 hatu tu buat orang muntah warna hijau. dia ala2 scary movie jugak lah. cume ni version Katalog. memang tak kering gusi, ingatkan cite hantu yang menakutkan. last2, ketawa tak habis.


k lah, itu last picture for today, and tak banyak nak cerita. nanti jer lah.. ok?
nak gi solat and ade kelas jam 5 petang nanti.

Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe