Akad nikah Abang Hanif and Kak Nonoi

11:15 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum. pertama tamanya kami sekeluarga bersyukur sebab harini sudah selesai sebuah majlis pernikahan antara kazen ku, Abang Hanif and pasangan nya Kak nonoi. setelah 12 tahun bercinta akhirnya hubungan mereka kini sah sebagai suami isteri. kami sekeluarga doakan semoga perkahwinan kalian diberkati dan sentiasa di beri rahmat kasih sayang illahi. itu yang kami mampu titipkan buat kalian berdua. :)

Sekitar majlis
majlis akad nikah bermula jam 3 petang. kami sekeluarga berangkat dari rumah seawal 10 pagi, iaitu bapak lah.. semangat dia untuk ke rumah Wa hari ni dengan siap berbaju melayu kuning nya. mama pulak, jam 9 pagi dah ke rumah mok untuk buat kerja "teramben" nya. dan aku serta adik ku berangkat dari rumah jam 11.45 pagi. mama time tu dah bisisng sebab datang lewat. haiyaa, memang mama lah tu, kalau tak bising dari handphone nya. memang sunyi rumah ni. hehehe..
aku mula bersiap pada jam 10 pagi, dan dah siap semua nya dekat nak 10.45 pagi, then adik aku ni pulak, banyak songeh nya. orang nak makeup, dia pun nak makeup jugak. adehh.. dengan ala2 smokey eyes pulak tu. bila dah siap kita makeup, cakapnya kita ni buat matanya macam mata kuching lah.. huh, memang dia tuu.. siapa suruh tuaija gilak tek nak make makeup segala..





lepas tu sampai di rumah wa hampir dalam tengah hari macam tu. tengok, pengantin masih slumber main game Pes sambil seluar pendeknya. hehhehe.. memang slumber badak lah orang ni. ni first time aku tengok orang nak kawen boleh slumber macam ni ok..
bila dah dekat nak jam 2 petang baru semua orang kamboh, nak bersiap semua barang, dengan hantaran nya lagi, dengan rombongan dari pihak lelaki dan dengan nak cari driver. heheh. memang berasa suasana rombongan cik kiah ok! hhueheuhuehuehu...



hampir 9 buah kereta rombongan dari pihak lelaki tiba di rumah pengantin perempuan. aku dapat rasakan yang debaran dari kedua pengantin kian bergetar. apabila tiba di rumah pengantin perempuan, kami di sambut dengan hormatnya. dan terdapat sebuah pelamin yang simple tapi sangat indah pada pandangan mata. kedua pengantin memakai busana melayu dan baju kurung berwarna putih. kak Nonoi@ nurfadzilla tampak sangat ayu sekali. :)

upacara ijab kabul berjalan dengan lancar, abang hanif and kak nonoi sah bergelar suami isteri dengan seklai lafaz sahaja. tahniah~! the best part is time amek gambar lah. banyak gambar yang diambil bersama dengan pengantin, dan kami pun turut serta walaupun kami di antara yang terakhir  lah kan. hehehehe.. takpe.. tiba2 tengok mama dan mok aku yang meleleh air mata. ini mesti sebab terharu tengok salah sorang lagi anak buah nya yang kawen kan. huhuu. sabar maaa.



sooo, mesti korang nak tengok pengantin lakinya.. ni lah haa.. hensem kan. untung kak nonoi.. k lah. esok dorang punya majlis resepsi. harap semuanya berjalan dengan lancar.. amiinn..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe