Shawl Zia..

6:18 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum.
harini aku tak berapa nak sihat, sebab flu yang semalam makin menjadi jadi pulak harini. sampai buat aku punya temperature badan pun naik. ingatkan hari ni nak gi kerja, tapi kepala aku memang dah pening sangat2 dan hidung pulak, tak henti nak meleleh dengan hingus. o macam mana nak layan customer, nanti tak pasal2 dorang pulak yang berjangkit dengan virus selsema ku.
so, mungkin semalam ramai dalam kalangan kawan kawan fb ku tahu yang semalam aku sempat siapkan satu halfmoon shawl. aku gelar dia shawl Ultramen. heheheh.. jap nak tunjuk..


heheh,, ini lah style tudung ultramen aku. heheh, sebab warna nya striking sangat, sampai aku pun rasa bila lah agaknya aku nak pakai tudung ni. sebenarnya, tudung ni adalah daripada kain lebihan daripada half moon double layer ku. tudung yang tu aku namakan tudung Zia..  ok? tapi belum siap lagi. sikit lagi, sebab jahitan manik nya belum lagi habis. memandangkan aku demam, so aku belum dapat nak teruskan kerja2 menjahitku. mama aku pun risau, tengok aku ni terperuk je kat ataskatil dan sofa. tak seperti hari hari yang lepas. aku akan sibuk dengan kerja kerja menjahit, jalan sana dan sini. itu lah bila engine dalam badan dah panas, dia akan overload. dan itu akan menyebabkan sakit2 datang. tapi aku amat happy, sebab tudugn2 aku dah hampir siap. 
ada dua kain lagi yang belum aku jahitkan, aku plan nak buat shawl lain pulak. nak expert dalam bab2 menjahit ni, mana tahu one day aku dapat bukak butik aku sendiri kan, lagipun tambah pula dengan minat ku yang mendalam dalam makeup dan bab2 mendandan dan berhias ni, makin menjadi angan2 ku ingin membuka butik satu hari nanti. semoga impian aku akan tercapai ok.. 
ada tengok kain2 kat belakang aku tu,heheh, itu adalah kain2 yang bakal menjadi shawl2 aku lagi. bagi kawan2 yang nak try buat shawl2 ni sendiri, better korang tengok tutorial cara menjahit dan tahu mengguna kan mesin jahit. aku tahu mungkin dalam kalangan kalian yang pandai guna. so korang boleh try buat sendiri. hope korang berjaya. aku tak pandai nak tunjuk macam mana cara pembuatan shawl ini sebab remeh sangat. tapi aku harap korang tak kan putus asa ok.. jangan nak hangat2 tahi ayam jer. 
aku ingat lagi, mase dalam flight aku nak balik ke kuching, aku plan nak kerja sementara kat mana2, then bila dah dapat gaji, aku plan nak belajar  menjahit dan try untuk jahit tudung sendiri. Alhamdulillah, semua yang aku angan kan itu terjadi, aku sempat bekerja, aku dapat belajar menjahit dan aku dapat buat dan pakai tudung buatan ku sendiri. suke sangat2

so, kepada kawan2 aku yang berada di kuching ini yang tercari2 tudung persis di Raudisite or mana2 butik, tapi tiada baget, korang boleh try buat sendiri ok. aku boleh ajarkan. atau bagi yang malas nak belajar, nak beli dan pakai terus, korang boleh jugak buat demikian. hanya tinggal korang pilih je kain yang korang nak, aku boleh beli dan jahitkan untuk korang. aku pasti rasa puas hati itu akan tercapai, kerana korang boleh pilih warna nya sendiri dan design nya sendiri. baget yang di perlukan hanya RM30 untuk sehelai tudung half moon kain chiffon dan RM25 untuk tudung bawal kain chiffon. 
itu kalau hendak aku yang tolong buatkan.ok..? harap kawan2 ku tak lepaskan peluang ini yang aku bagi untuk korang. tinggal beberapa bulan lagi untuk raya, dan tak lama lagi untuk majlis kawen kenduri2. heheh,, k lah, aku nak try habiskan shawl2 ku yang lain,dan bila semuanya dah siap, aku akan update lagi. Assalamualaikum,

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe