kenapa hati tak tenang?

11:14 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum.
bila hati tak bahagia.. why? pernah tanya kat diri sendiri, kenapa hati tak bahagia, tak pernah merasa cukup dengan apa yang ada dan sentiasa kejarkan kebendaan duniawi. dan, merasa diri tu cukup hebat untuk segala kebendaan yang diperolehi, sedangkan amal ibadah kurang, hati tak tenang, sentiasa merasa gelisah dan insecure.

mungkin tak semua orang, tapi bagi yang mengerjakan kebendaan, termasuk lah diriku, sentiasa beringat untuk sertakan dengan doa dan ibadah harian. aku bukan lah orang yang terbaik unutk menasihati orang lain, tapi sekadar memberi peringatan sesama manusia, dalam mengerja  harta keduniaan, biarlah selari dengan harta akhiratnya. sedangkan diri sudah berpangkat haji or hajah, tapi masih lagi belum betul cara ibadahnya, memang kena naik haji lagi sekalilah jawabnya. sebab apa? Tuhan belum pilih dirinya untuk menerima haji Mabrur.

dalam pada itu, sifat rendah diri dan sentiasa berasa diri tu hina lagi dari seseorang adalah lebih mulia daripada orang yang riak dan bangga diri. entah, aku pun tak faham dengan manusia yang faelnya macam ni. rasa diri bagus dan ini adalah sebab utama Malaikat yang paling mulia dahulunya, menjadi laknatullah.  sebab rasa riak dan sombong untuk tunduk kepada Adam
.
aku harap, semua kita tak punya sifat riak seperti yang aku sebut tadi. ini antara punca kenapa hati kita tidak bahagia. dan jugak, pabila harta yang dimiliki tidak disedekakahkan, ini antara zakat yang kita bayar selari dengan harta yang diperolehi kita.zakat yang paling mulia adalah pabila kita membelanjakan harta kita kepada kerabat kita yang susah hidupnya. bagi orang yang tidak tahu nikmat memberi, better korang mulai memberi, korang akan rasa nikmatya seperti makan mee jawa.. betoll~..
jauhi sikap kedekut dan takut kehilangan harta. bia kita membuat orang di sekeliling kita bahagia, maka nikmat yang kita perolehi daripada mereka adalah doa mereka. doa sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, adalah doa yang common di sebut pabila ada orang yang belanja aku makan, heheheh.. kan? bila hati senang, orang sekeliling turut bahagia. dan rasa bekerja turut seronok..

nak tanya sikit, korang dah tengok cerita the Odd life of Timothy.? aku baru san tengok cerita tu tadi, kisah pasangan suamis iteri yang dapat anak yang dorang reka sendiri, yang kuar daripada tanah.memang menyentuh perasaan cerita tu, sebab anak yang dorang dapat tu, tak kan selamanya bersama mereka, hanya dipinjamkan sekejap sahaja kepada mereka, kira macam mati la. huhuhuh.. memang touching habis.. korang kena tengok, bagi yang suka movie pasal kehidupan macam tu. or parenting.

ermm, mata dah mengantuk, last paragraph is, untuk dapat hati yang tenang ialah memiliki sikap mahmudah. semudah itu kan.. ? ok lah people, nak tidur dulu, assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe