It Been a great day today.. Marhaban Nurhumairah,

10:34 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum.
seperti biasa aku hari Jumaat memang hari yang aku tunggu2kan. bukan sebab hari Jumaat jer aku cuti, cuma  hari Jumaat jer aku akan kuar bersiar-siar di Kuching. walaupun masih kurang sihat, aku tak kisah. hanya tinggal selsema dan batuk. demam dah tada..  hari ni, awal pagi aku dah gi hantar adik aku ke Yayasan Sarawak. leas tu, aku drive jer kat rumah nenek. kan hari ni result peperiksaan kami kuar kan, aku rasa kat rumah nenek jer aku dapat cek, nak harap line kat rumah aku ni memang tak lah. dah laa result aku kena block segala. lupa nak completekan Sufo, huh! kena jugak isi semua result, lepastu tunggu bebebrapa minit baru dapat tengok resultnya.Alhamdulillah, result aku macam biasalah. nak kata luar biasa sangat, hurmmm, mudahan lah next sem dapat. asalkan tak repeat mana2 subjek untuk sem lepas, aku dah bersyukur sangat2.
lepas tu, jam 11 pagi kazen2 aku ajak pergi berenang ke Pusat Akuaik Negari Sarawak dekat dengan Pusat Belia. heheh, aku nak berennag jugak, tapi aku da selsema yang teruk, lagipun memang tak prepare pun baju2 berenang. huhuhu, sedih ni. T-T.. nangis sorang2 dekat stand. tengok jer dorang dari jauh. tengok dorang berenang kehulu dan hilir. rasanya memang lama dah aku tak g berenang. last nya time berenang di Matang Famili park dulu kot. ok2, malas nak KLMJ, kita tengok antara snap pictures yang sempat aku ambek ok..

get ready to jump in the pool. heheh..

sunyi jak kan? so rami2 datang hari Jumaat ladies


, i'm wearing my own pieces of shawl,
ni yang aku buat masa tunggu dorang mandi

me with Nodi

with other cousins.. siti and nurain

so ladies, kalau nak mandi berenang2 kan, datang lah kat sini, setiap hari Jumaat, jam 11 pagi hingga 2 petang adalah masa untuk hanya wanita sahaja yang mandi. hehe. aku pun nak ajak adik aku lah nanti. entrance fee pun murah, hanya RM5.00 jer untuk dewaa, untuk warga emas dan budak2, RM3.00.

walaupun aku jarang kuar dengan kazen2 aku ni , lebih2 lagi dengan adik2 nodee, sebab dorang ni memang muda jauh sangat dari aku dan nodee, tapi dorang memang seronok, tak banyak kerenah. lepas penat mandi, kami ke wisma Saberkas. bangunan yang di penuhi dengan Handphone. dorang ni tengah nak survey hp. sampai aku sekali turun sama cuci mata. hehehe.. mana tahu tahun ni nak tukar hp kan, plan nak tukar ke Sony Ericson, dah boring guna BB skrg ni.. tapi tak sure lagi. Nodi pulak nak tukar ke Hp sony J. then, bila dengar explaination amoi kat kedai cina tu, dia cakap supplier dah lama tak kuar model tu sebab ada banyak masalah kan, so, dia tak jadi nak beli tu. adik nya pulak nak hp samsung yang ada screentouch and keypad sekali, then aku cakap lah, nanti kalau pakai ni memang akn cepat rosak. lagipun tengok dalam dia pun mcm tak best. huhu, eleh, aku ni mcm org expert sal HP. sendiri pun pakai BB biasa jer. eleh..
dah2. bila dah habis pusing satu wisma, kami pun ke SCR untuk makan time..~ perut pun dah lapar, tapi bila dibelanja orang makan ni, memang lagi bertambah kenyang perut ni. heheeh.. biasanya bila dah petang mula lah rasa lapar balik, tapi harini tak. heheheh. tq Nodee. semoga dimurahkan rezeki keluargamu.

makan time.. :)
lepas perut kenyang segala, aku sebenarnya malas nak balik rumah dulu, bila dah kenyang. plan nak rehat bersantai kat rumah nenek dulu.usai solat, aku ajak kazen2 ku g tengok cita Minyak Dagu. dah lama nak tunggu time tengok cita ni, kalau kat rumah tengok tak berani. lagi2 kalau tengok dengan adik aku, dia dah tengok cite ni, so aku ajak dorang tengok. bila tengok ramai2 tak de lah rasa takut sangat kan. walaupun aku ni memang penakut sangat orang nya. tetap jugak mau tengok. habis cerita minyak dagu, aku ajak dorang sambung movie Pitch Perfect. cite omputeh yang nyanyi2. aku dah dua kali tengok cite tu. then, kakak nodi panggil, ada baby datang~! heheheh. salah seorang daripada kazen aku ni memang nak tunggu hari lagi nak dilahirkan. mujur, dia selamat dilahirkan pada jam 2.23pagi hari Jumaat pada 15. febuari 2013. Marhaban Nurhumairah. selamat datang ke dunia.  dia comel sangat! nenek aku memang tak melepas baby kecik tu dari tangan nya. sekarang ni Mok ku dah officially ada cucu dari darah dagingnya sendiri. Tahniah mok~ heheh. tinggal mama aku dan Udak jer yang belum ada cucu. hehehe, takpe mama, sabar..
nak tengok Nurhumairah? meh aku showoff sikit si comel lotey ni.

baby girl yang sihat... :) 

moment yang gembira. :) with ngah ajiz, ayahnya, nenek dan nek atok

nenek mok dengan nek atok. 

nenek memang happy sangat. dia bersyukur sebab masih
 diberi peluang untuk melihat cicitnya
memang happy bila ada lagi ahli keluarga kami yang bertambah. lagi lagi nenek, dia sangat2 happy. sebab masih lagi sempat tengok cicitnya sekarang. tadi ada satu ungkapan yang nenek cakap yang buat aku terharu. dia kata "atuk dah tua, umur dah nak 90 tahun, tapi masih sempat hidup untuk tengok cicitnya lahir" huhuh. terharu. aku pun nak bagi nenek aku tengok darah dagingku. so, kepada kazen2 aku yang dah mendirikan rumah tangga tu, cepat2 lah dapatkan baby. sementara nenek masih hidup. bagi nenek lihat pewarisnya. semoga korang cepat2 ok.. heheh..
haaa, itu jer lah rasanya yang aku buat harini, selain daripada melayan How i met ur mother seasons 8 dan sekarang tengok bola, Kelantan lawan Selangor. (atas ajakan kawan ku) huh.. sambil update blog aku. tak tengok pun bola ni. k lah, nak sambung membebel tengok kelantan main sekarang ni.

assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe