Shortage..

10:07 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum.. hari ni dah hari ke lima aku bekerja, dan dah dua hari berturut ni duit dalam cashier ni short berhinggit2.. aku rasa hari ni memang aku dah bagi baki betol2 dengan customer. siap kira dua kali lagi sebelum memulangkan baki nya. haihhhsss.. ni tak boleh jadi ni., aku tak sure adakah kesalahan itu dari aku orbudak2 lain. sebab bukan aku sorang yang bagi baki duit dengan customer. budak2 lain oun ada. sebab kazen aku tak tetapkan betol2 siapa yang boleh pegang cashier tu. so, kalau dulit short, dia tak blh nak salahkan aku sorang je. huhuh.. aku pulak yang serba salah tau. teringat balik masa kerja di Watson dulu, pernah jugak short banyak. dalam dua bulan bekerja, ade dekat nak rm100+ aku short. aku tak minta pun , mungkin sebab diri sendiri yang lalai atau customer yang panjang tangan atau kita yang tersalah bagi baki. mata tu eleng, tengok nombor berpusing2. itu laa.. seba salu tengok kartoon, sampai tengok nombor pun pusing2, terbang2...aku harap esok pastikan tiada lagi shortage dalam cashier~ in Sya Allah, tolong doakan untuk aku..

lagi? apa yang terjadi hari ni.. hah~! aku baru ingat, tadi ada 2 orang pakscik ni. aku rasa mata dorang memang asyik ikut jer kalau aku jalan kesana kemari. memang tak lepas lansung. aku rimas tau bila ada orangtengok kita macam semacam je kan. then, mengada pulak  panggil aku untuk mintak resit bagai. sebanarnya nak cari can untuk bercakap dednganku. memang tak salah kalau nak bercakap, tapi bila dan tukar topik lain tu, sampai nak mintak nombor fon segala,, aku jadi tak selesa. mula-mula cakapdorang macam pernah nampak aku kerja dekat farmasi. then aku jawab lah kerja kat watson dulu. oooooooo,, patut lah pernah nampak, then tanya sekarang buat apa, so aku still mampu jawab, bljr.. dah habis study, then aku jawab lah, masih lagi, skr tgh cuti sem. then tanye lagi, study dkt mana. aku jawab balik, dekat uitm shah alam. then doa cakap lagi, nanti bulan March kiteorng akan ke sana untuk hantar team bola sepak ke sana kan. bila dah kesana boleh lah jumpa.. aik? dah lain macam jer kan bunyiknya. then aku cakap lah In Sya Allah.. tak dapat nak janji.

so aku bila tengok orang yang dah bercakap kearah tu aku terus tinggalkan. bukan nya tak nak bagi nombor fon, dah memang aku tak nak bagi dekat dorang yang dah punya isteri.aku tahu macam mana hati orang perempuan kalau boyfriendnya curang. huhuu.. rasa macam pernah kan buat macam tu. alahai.. memang betullah, aku memang cukup benci. akan nampak riak muka seriusku bila berdepan dengan orang2 species macamni.lagipun aku dah ada orang yang boleh aku harapkan untuk hidup bahagia nanti. buat apa nak cari lagi kan. bek aku fokus dengan kerjaku dan masa depan.entah kenapa, orang jenis macam ni buat aku geli dan menyampah. haiyaaa..

so, kedapa bapak2 orang kat luar sana, beter you all fokus dengan family yer. jangan nak menggatal pergi mengacau anak dara orang. nak berkawan boleh, tapi bair lah berpada. aku tak nak benda ini jadi dekat aku dan seaiapa lagi. k lah..kalau tak faham lagi, memang korang ni shortage akal lah. hahahah..
k llah, mengantuk dah ni, assalamamua'laikum.

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe