Nak hilangkan rasa takut, aku buat....

9:37 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum..
mesti ramai yang dah dengar sal berite cerita hantu di UiTM Lendu, Melaka. aku ingat kan itu cuma khabar angin, ni tadi baru dengar cerite dari marissa dan tambah lagi lepa baca blog ada sorang minah ni, aku doakan keselamatan semua orang di Lendu tu.
dah tu, sampai aku sekali yang jadi takut. takut untuk tidur sorang kat bilik ni, semua roomate dah balik, tinggal aku dan beg2 an kotak2 aje ni.. sekarang dok bukak semua surah2 biar bergema satu bilik ni.. harap harap malam ni dapat tido lena.. aku ni memang penakut dan penggeli. dengar cerita2 aje dah boleh magine macam mana kan.padahal kes tu berlaku kat negeri lain. aku ni pulak yang terlebih2 takut. halamakkk. apa nak jadi.

ok fine numi! ko boleh tido sendiri malam ni. magine yang indah2 ok sebelum tidur nanti. hehehehek..

tadi petang aku bukak satu blog ni, dalam blog tu die cerita preparation kawen dia. perempuan punya lah of course. memang semangat dia nak prepare majlis kawen nya yang cute tu. aku pulak syok, tambah2 lagi kakak ni memang kreatif orang nya. aku suke sangat majlis perkahwinan dorang, sebab macam majlis tu berlansung sekali gus, dari majlis akad nikah dan terus ke majlis bersanding. nak kata grand sangat tak de lah kot. sederhana jer majlisnya,tapi cute sangat2. tema untuk majlis dorang is Hot Air Balloon. sweet sangat. dia ada guest book. kat situ para tetamu boleh tulis ucapan untuk pengantin dan dorang boleh take one snap of picture to put inside the guest book. memang sweet. sebab jarang sangat orang buat macam tu . dia jer lah kot yang aku perasan buat. kalau nak tengok dekat kuching buat, memang kena tunggu aku lah kawen dulu. hahahha baru ada orang buat.

contohnya lah..
then semua gift stickers, door banners and wall decoration nya dia yang buat sendiri. kakak ni memang kreatif sangat2. aku pun nak jadi kreatif! tapi bakat melukis tu kureng bangat sih. gi mana.. takpe2, kalau nak design veil sendiri tu masih boleh lagi kot. mana tahu time cuti ni aku boleh buat sesuatu.. nak try buat selendang.. haaa, boleh bah kalau nak! kan2.. kena rajin lah. cuti ni bukan nya buat apa sangat pun. eh chop! back to the main story above, akak ni dengan suami nya dah kenal hampir 9 tahun, dan tahun lepas baru dorang melansungkan perkahwinan. bila aku kira kira tadi, dorang mula berkawan umur 17 tahun kot. memang lama tuuuuuuuu.....

aku pun nak berangan lah malam ni nak adakan majlis macam tu. hehehe. tapi dengan siapa lah agak nye kan. nak tahuuuuu??????????? itu rahsiakuuuuuu.. so Izzaura and the geng, tak payah nak tahu yer.. biarlah rahsia.biar masa yang menentukan.. hahaha
korang nak tengok blog yang aku baca tadi? ni linknya...:http://carouseloflove.blogspot.com/
tengok lah kalau sudi. aku sudi.. sebab suke tengok. korang pulak? kalau suka tengok lah ok.. tak de lah bohsan sangat.
aku doakan semua pasangan suami isteri yang baru kawen akan berkenalan hendaknya. sehingga ke akhir hayat.

siang tadi aku berkemas packing barang untuk bawak gi rumah sewa ku nanti so sekarang aku ada atu beg besar, satu beg sederhana, satu kotak yang penuh dengan fail, buku dan novelku, beg plastik ada 4 kot, beg kain ada 2, beg belakang ada 2, satu baldi dan satu patung teddy bear. so total semua yang kena angkat esok ialah 12 barang. yang plastik2 semua ringan jer, just kotak2 and beg2 besar tu jer yang berat kot bagi aku. yang lain tu memang ringan. aku memang suke kalau bawak barang2 aku balik guna beg plastik daripada letak dalam satu beg beeeeessaaaaar punya. sebabnya, dalam beg plastik tu aku dah asing2 kan, mana satu beg kasut, mana satu yang letak semua jenis beg2 aku, mana satu beg makanan, dan mana satu beg yang boleh letak macam2. so mainly semua nya aku dah asing dalam beg plastik dan beg kain..haaa, esok haraplah tak hujan, kalau tak memang basah lah buku2 aku. dah lah tak de cover ni. camneeeeeeee?? doakan tak hujna, kalau nak hujan belah petang lah ek.. hihihi...

rasa tenang bila dengar ayat al_Quran sekarang ni. itu yang buat mata mengantuk sekarang. bek aku solat isyak dulu, then tido ok.. Ya Allah, Kau linddungilah rakan2 di Melaka daripada gangguan syaitan dan iblis laknatullah dan gangguan manusia yang dengki terhadap mereka. hanya kepadaMu kami meminta pertolongan. perkenankan lah doa kami. Aaammiiiinn..

Assalamua'laikum. selamat malam teman teman.



You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe