Maulid Nabi Muhammad SAW

10:43 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum. salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda dan juga ahli keluarga baginda.
numi baru balik daripada surau perumahan kami.ada majlis sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW. tajuk utama yang di kupas oleh penceramah jemputan adalah mengenai sambutan kali ini adalah kewajaran menyambut sambutan Maulid Nabi di Malaysia. disebabkan ramai ustaz2 di negara kita, so banyak jugaklah pendapat mengenai sambutan inikan. dan yang pelik nya ada juga suara suara sumbang yang mengatakan sambutan Maulid Nabi ini adalah tidak wajar disambutkan. ok~ kalau lah kan sambutan ini tidak disambutkan di negara kita. pasti ramai dalam kalangan kita khususnya generasi Y ni akan melupai sirah Rasulullah SAW. memang sekarang generasi Y termasuk jugak lah aku sendiri agak kurang tentang sirah Rasulullah, bila ada majlis seperti ini, sedikit sebanyak memberi kami ilmu. dan korang boleh agak, kalau majlis seperti ini tidak diadakan, mungkin ada diantara anak2 kita nanti melupai Rasulullah.
tadi ustaz ada memberi satu contoh, pabila dia memberi ceramah  di sebuah sekolah tempoh hari kepada pelajar sekolah rendah. bila ditanyakan siapa Siti Nurhaliza, semua mengatakan Tahuuuuu..... siap suami dato siti pun dorang tahuuu.. bila ditanyakan siapa Mawi... semua kata tahuuuuuuuu..... siap isteri dia pun dorang tahu,,,, dan tetiba sorang budak pra sekolah bercakap. "ustaz tahu tak mawi pernah putus tunang?" bila ditanya siapa namanya.. "Ina Naim namanya"
wah hebat sungguh budak sekarang. mawi dan bekas tunang nya pun dikenali. then bila ditanya siapa anak2 Rasulullah, semua yang menjwab tadi tunduk tidak tahu,,Ya Allah, memang budak2 zaman sekarang kalau tidak di ajar mengenai didikan tentang Rasulullah memang mereka tidak akan tahu.
so, tidak wajar lah bagi aku bila sambutan Maulid nabi ini di lupakan atau di haramkan di negara kita.


video di atas adalah lagu 7 orang nama anak anak Rasulullah. semoga kamu yang tak pernah tahu tu, dengar2 kan lah.. ok.. jangan bila ditanya nanti tak tahu pulak.
dan semperna majlis Maulid Nabi hari ini, numi nak kongsi satu video tentang kelahiran Rasulullah. hope enjoy..


You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe