Ke Klinik jugak akhirnya.

12:29 PG

Bismillah
Assalamua'laikum..

muka kembang. ! huhuhu

dah tiga hari update pasal diri ni tak sihat, last2 aku gagah kan kaki dan badan yang lembik ni ke klinik jugak. nasib sangat lah klnik tu tak jauh sangat dari kolej ku. jam 2. 45 ptg, lepas jer solat zohor aku terus ke klinik. first time jugak lah aku ke klinik UiTM ni. kalau dulu masa part 6 diploma, selang 7 hari memang nampak lah muka aku. antibody tak kuat kot masa tu.

dah sampai kat pintu utama tu, tengok keadaan klinik lengang jer. dah tu dekat kaunter utama tu tak de orang pulak.. aih,, ? macam mana ni.. kalau dulu, kena daftar dulu kan, sekarang ni? lain pulak ke.. aku duduk dulu dekat kerusi depan farmasi tu.. hurmm, macam mana ni, dah la tengah pening sangat kepala. pastu tengok ada 2 orang aweks ni datang, pastu tekan no giliran.. hooooo, ada rupanya ambik no. pas tu aku pun gerak kat situ. aik? ada 2 button ni, nak cek gigi or rawatan. aku nak jumpa doctor. rawatan lah kot. tengok2 dapat nombor 4039. jauh tu! sekarang tiba giliran menunggu. time tu tengok nombor giliran baru ke 0238..mak aih! berjanggut kot kalau nak tunggu nombor aku ni.. then, baru aku perasan yang no 0238 dan seterusnya adalah no untuk jumpa doc nanti. heheh, aku tersenyum sendiri. hampir setengah jam jugak lah menunggu, baru nombor aku di panggil. masa dekat kaunter 13, aku pun heran, mana lah datang nya 12 kaunter yang lain kan. pelik betol klinik ni. aku just nampak 4 kaunter jer kat situ. hihihih, di kaunter tu sesi pendaftaran pun bermula. macam2 jugak dia tanya, tinggal kolej mana, nak letak penjaga siapa, no tel penjaga. dah lah suara dia kecik, aku ni tengah ada flu, so pendengaran tu agak kurang lah. hihihi, ada kaitan kah hidung dengan telinga ni.?

dah tu, misi tu suruh aku ke bilik 12. hujung sekali tu! tengok2 rupanya itu bilik kecemasan kot. tak de orang lansung. kecuali kes aku ni yang kecemasan. melimpas je kat situ, terus si pegawai kesihatan panggil untuk dating sebentar. heheh, yelah tu. doc tanya aku sakit apa? hurmm n lagi pelik, dia yang doc, patut dia lah tahu aku sakit apa. aku ta tau pun aku sakit apa. just tau ada flu, tekak sakit dan batok. demam pun pada belah malam jer. sakit apa lah agak nya tu kan? demam new year aku katakan kepada doc. sebab lepas malam new year tu aku hilang suara, then terus batuk ,and the next day flu tak henti. pastu doc tu pun tanya lah, kenapa semalam tak datang., aku pun jawab,semalam ada discussion dengan kawan. lagipun malas nak berharap dengan ubat. aku mintak Allah bagi aku kesihatan yang baik untuk keesokkan harinya. tapi bila tengok, Allah masih nak uji aku, aku kena usaha something. barulah terpikir nak gerak ke klinik.

6 types of medicine.
ubat paling besar.! sakit tekak ku nelan nya..
lepas 15 minit cakap2 dengan doc, ubat apa dia nak bagi dan apa yang aku kena buat untuk elak sakit ni datang balik, aku pun gerak ke farmasi. sekali tengok. mak aihhh! banyak nya ubat. dekat nak 6 jenis ubat dia bagi. huhuhuh,, aku ni bab makan ubat ni lah paling tak suke. tapi kena jugak makan sebab nak sihat kan. hhhuhu.
nangis kejap masa otw balik dari klinik. teringat balik, masa kt uitm sarawak dulu, kalau aku sakit mesti si dia ada teman kan dan hantarkan aku ke gate hostel.. dn belikan aku makanan. huhuhu.. sedih ni, sekarang kena berdikari sendiri. nak harapkan orang. kena tunggu belah petang. nak harapkan orang jauh sana, sibuk main game. aku pun tak tahu apa lah yang dia pikirkan sekarang. yang aku pikirkan, dia lansung tak ambik peduli hal aku.. dan aku pun rasa yang jurang antara kami semakin jauh. cakap pun semakin formal. dan sepatah sepatah je jawab. ah! dah lah wei, nak berangan apa lagi lah tu. orang dah tak ingat kat kita, buat apa nak ingat kat dia. habis kredit aje..
pada belah petang tadi, Fridden kawan ku aka skandal terbaik ku. dengan baik hati menghatar bubur. huhuh, terharu, tak sia sia da skandal kt sini. skandal ka? rasanya macam buddies jer kami ni. thank you pal.. happy sikit lepas dapat makan bubur nya. sedap jugak..

suke sebab dapat bubur..

bubur yang ada telur masin, first time tu, ingt nasi kerabu jer ada..

lepas bangun dari tidur yang panjang, aku  panas kan sup nya, aku just dapat makan bubur tu setengah nya. tekak memang perit sangat. seperti yang doc cakap, aku ni ada sakit tonsil. tekak ku mengembang. last kena masa bulan 4 or 3 tahun lepas. sekarang kena lagi. semoga cepat lah sembun. nak final sekarang ni. hari ni memang lansung tak pegang buku. angol gila kepala ku. angol(pening tapi tak sakit kepala, just macam rasa dirini nak terbang or pusing2 jer)
k lah people, kawan ku dira dah mesej macam doktor, suruh tidur dan makan ubat 3 kali sehari. heheh. nak tidur. doakan aku semoga cepat sembuh.. dan kita sentiasa dalam RahmahNya. aaamiinn..
assalamua'laikum

You Might Also Like

2 Orang Positif

  1. Mkn ubat jgn skip yer....bestnye dpt bubur...kte mkn bubur mc d tptk de rasa pape...anyway tq sbb bg cdngn kt mbe nk beli bubur tuh....n nk tnye... mne skandal numi dpt bubur tuh...nk gak haha...

    BalasPadam
  2. dia belikan di seksyen 7 tu. kt kedai mana entah.. :)

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe