Contohi Sifat Rasulullah SAW..

3:48 PTG

Bismillah

Assalamua'laikum.. salam Maulidul Rasul. yakni hari kelahiran Rasulullah SAW yang kita cintai. 
ramai program yang telah berlansung sempena menyambut kelahiran Nabi kita. dan seperti biasa setiap tahun akan ada majlis di Water Front, Kuching. itu dulu lah, tapi baru baru ni aku dapat mesej dari seorang sahabat ku untuk menyertai majlis sambutan Maulud Nabi di Islamic Information Centre(IIC). rasa nak pergi, tapi malam ni dah janji nak turut serta dalam majlis dekat surau kawasan perumahan kami ni jer. 
mama awal pagi dah mula bermasak untuk di sedekahkan kepada pihak surau untuk majlis malam ni. menu utamanya adalah Dhal.. bangun pagi aku dah terhidu bau masakkan mama aku tu. memang menusuk dek hidung aku ni. buat aku yang susah nak bangun ni, terbangun jugak~ hahah..
ingatkan dia buat satu periuk besar, tapi tengok satu kawah kot mama masak Dhal.. ni macam nak buat kenduri aje aku tengok. 

aktiviti aku pagi ni adala mengemas rumah, mengemop lantai, bagi mandi kucing ku, then bermasak untuk tengahari. mama dah buat dhal kan, so yang lain2 nya aku yang masak. heheh.. boleh tahan lah sedapnye. kalau setakat goreng2 ni. lepas lunch, kami sekeluarga duduk tengok wanita hari ini.. semperna Maulud Nabi hari ni kan, isu yang dikupakan hari ni amat menarik. cara Rasulullah melayan para Isterinya. 
kita macam dia nak bagi contoh kepada pasangan suami isteri agar mengikut contoh Rasulullah dalam mengemudi rumah tangga. aku pun pelik, dari pagi tadi isu berkaitan rumah tangga ni asyik aku dengari dari pagi tadi. pagi tadi dekat radio, topik perbualan ialah Perkahwinan yang Bahagia. tapi best jugak kan dengar benda2 macam ni, kira dia nakbagi kita nasihat macam mana nak dapatkan keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. walaupun aku belum brkahwin dan banyak kali putus cinta. wah! ayat~.... tapi memang itu semua impian semua orang. inginkan kebahagiaan. 
antara perkara yang di bagitahu pagi tadi adalah teras dalm sesebuah perhubungan.

kepercayaan.. aku rasa itu memang akar dalam sesebuah perhubungan.bagaimana kita nak hidup dengan seseoarang itu kalau kita tak percaya dia. dan bila kepercayaan itu sudah hilang,maka tiada lagi lah makna dalam perhubungan itu. kita boleh kekal, tapi tak bahagia. bila asyik curiga dan syak wasangka terhadap psangan , hati jadi kacau.. kan2.... 

then, next is honesty.. kejujuran. kalau nak hubungan itu berjaya, dua dua pasangan kena jujur terhadap pasangan nya. aku memang setuju dengan ini. kerana..mungkin sebab benda ni aku tak praktik kan dalam perhubungan aku yang lepas buat hubungan kami hancur. huuhuhuhu.. 

next. tolak ansur.. hah.. untuk kekal lama, setiap pasangan itu kena ada tolak ansur. kalau dua dua keras kepala. maka.. akan susah lah hubungan korang. mesti kan dalam hubunagn itu, sorang pemarah, sorang lagi lembut. bila sorang tu kuat cemburu, sorang tu mesti cool. kalau sorang tu kuat merajuk, yang sorang lagi mestilah pandai pujuk.. kan.. kena saling melengkapi..

haa. itu jer kot 3 perkara yang dia tadi.. aku hanya senyum jer dengar. In Sya Allah, jika di beri peluan untuk aku menjalinkan hubungan lagi, aku akan praktikkan perkara yang aku tulis itu. sebab semua orang pada masa lampaunya pernah buat salah kan.. da sekarang masa hadapan, dia akan berusaha untuk menjadi lebih baik. bukan? so,,, usaha tangga kejayaan.. hahaha, ada kaitan ker? what ever lah.. 

lagi sekali, salam Maulidul Rasul kepada semua umat islam.. 
Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe