3 level Ikhlas

11:07 PTG

Bismillah
Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sabahat baginda dan ahli keluarga baginda.
aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat hari ni, mungkin ia dapat membetulkan niat kita dalam melakukan setiap pekerjaan seharian kita. so, sekarang baru aku tahu, ikhlas ada tiga peringkat or kategori.

kategori pertama adalah: ikhlas semata untuk dapat pahala.
contohnya: kalau nak  buat solat lah, kita solat untuk dapatkan pahala sahaja, kerana takutkan neraka dan untuk tidak dapat kan dosa. semuanya kerana untuk mendapat balasan..

kategori kedua: ikhlas kerana Lillah. maksudnya kerana ikutkan peraturan.
contohnya, dalam kita bersolat beramai-ramai dalam keadaan penuh sesak, lebih lebih lagi bila tengah mengadakan Haji kan. memang ramai lah orang dengan keadaan yang sesak. kita yang biasa nya kalau solat tahiyat akhir akan duduk bersimpuh kelantai kan. tapi dalam keadaan yang penuh sesak pun masih jugak nak ikutkan peraturan itu, walaupun dah terduduk atas kaki jemaah di sebelah. wah~ dahla badan besar, kena hempap pulak dengan bontot orang ini. adei... memang sakitlah kawan kan. haaa, kiranya ikhlas yang ini lagi up lah kalau nak bandingkan ikhlas yang pertama tu..ok itu kategori yang kedua kan,

last is kategori yang ketiga. ikhlas kerana Billah..maksudnya. melakukan kerana kasih sayang sesama manusia.
contoh nya: rukun islam yang ke lima adalah untuk menunaikan haji di Mekah kan. so, one day, ada seorang pasangan ini nak merancang pergi Haji tahun ni. tapi bila dah hampir masa nak pergi dan duit nak pergi pun cukup, tetiba rumah jirannya terbakar. habis semua dijilat api. ok~ so, mereka decide nak bagi wang yang sepatutnya untuk pergi haji itu kepada jiran nya.kerana kasih sayang sesama manusia.. dan disini Allah dah menjanjikan haji Mabrur kepada pasangan yang menyedekahkan kan wangnya kepada yang lebih memerlukan atas niat menolong sesama manusia.
memang ini yang kita mahukan. aku juga mahukan. bertolak ansur sesama manusia kerana kasih sayang.
ok rakan rakan ku sekalian. dimana tahap keihklasan anda?

assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe