First Day of our Final week..

6:51 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum
hari isnin, seperti biasa dah bangun awal, bersiap awal jugak, then bila tinggal nak pakai tudung lagi, Nas msg bagitahu class cancel. tq lah bagitahu, tapi bagi lah tahu awal2 kelas dah cancel. ni tak, miss ni, orang dah bersiap sedia nak pergi duduk exam. semangat habis dah, walaupun semalam tak pat tido disebabkan gangguan emosi dan fizikal..
hurmm, yang pasal semalam tu, rupanya dia tu psycho.. no wonder la boleh tahu macam2.
ermm, nak komen jugak pasal blog ni, ni blog aku kan, so suka hati aku lah nak cakap ape n nak cerita apa dalm ni. its my life and i know what to write the right thing. bukan macam dia tu.. mengutuk orang, macam diri tu perfect sangat. ermm,, tengok la kekurangan orang tu, dan bersyukur atas kurniaan Tuhan sebab bagi kita kesempurnaan. bukan nya mengata..itu ingatan untuk diriku jugak.

petang tadi class math, teringat balik pasal Stocks Theorem.. OMG, punya lah susah kalau nak verify, dan rupanya untuk theorem2 yang lain pun kena define and susun betol2 kot setiap baris yang nak di tulis, bukan main hentam jer..tak pe lah, dugaan jadi seorang student kan. kena terima, telan pahit nya kalau nak berjaya.

semalaman malam tadi aku tak pat tido, nyamuk punya lah banyak kat bilik ni... aiyaa, tak boleh jadi ni,, makin bertambah stress ku. dah la kena psycho ngn orang. ape lagi.. pikekan hal2 yang remeh temeh ni,macam dah takde orang lain dia nak cari pasal kan..  sedangkan aku takde pun kacau orang.. lagipun, you all pun just kawan.. dah terover reaction pulak dia ni alahai,, kesian aku tengok.. mana2 lah dara oi..

dan hari ni adalah hari pertama adikku Normah Dewi praktikal. wow, best jer dorang praktikal. walaupun jauh, tapi sambil praktikal tu dapat jugak elaun. walaupun tak banyak kerja, sekurang2nya, my sister tu dapat lah pengalaman bekerja.. baru dia tahu sekarang macam mana susah nya berada di alam bekerja. tapi ni baru hari pertamanya. aku doakan perjalanan sepanjang di pergi Yayasan Sarawak akan selamat. amin..

ok lah, aku nak start study Process dulu, esok ada exam, wish me and my classmate the best. assalam

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe