Trip Ke Permai Rainforest Resort

2:06 PTG

Bismillah,
Assalamualaikum wbt. selamat petang semua readers numi.. hari ni bangun agak lewat, sebab berjaga sampai jam 2 pagi. entah kenapa lah mata susah sangat nak tidur,mungkin sebab hyperaktif sangat kot,minum teaMix. hehe, itulah penangan tea mix. boleh buat kitaberjaga sampai pagi. kalau untuk yang nak exam tu, memang elok lah minum banyak tea mix ni, sebab dia bagi kita banyak idea. hehehee, ok...


Harini punya entry numi nak share kiteorang punya trip ker Kem Permai last week. Ini trip terakhir kiteorang bersama-sama, dan trip ini di anjurkan bersama sama lecturer kesayangan kiteorang. Kami yang pergi tak lah banyak macam trip ke Sematan dulu, memandangkan dah cuti sem kan, tu ynag ramai dah balik ke kampung masing2. classmate ku yang pergi cuma 7 lelaki, dan seorang jer perempuan, iaitu aku lah. nasib baik lah lecturer yang ikut perempuan,ada jugak lah peneman. pas ni numi cerita aktiviti kiteorang yer. sabar2,, just korang rilex jer. sebab nak ingat balik apa yang dorang buat. numi masa trip tu terlantar jer dekat bilik, sebab demam panas tibe-tiba ja datang. so memang my mum tak kasi mandi laut. huhu  (T-T)

Day First: Friday 6/4/2012
hari keberangkatan. numi tak drive hari tu sebab parent nak pakai kereta kan, so, yang ambik numi ialah classmate,Zulfadli. dia datang lewat sedikit dari yang di janjikan, tapi tak pelah. yang lainsuma dah start jalan, termasuk lecturer kami. sepanjang perjalanan tu, aku dan zul tak banyak cakap pun. aku sakit tekak, zul pulak concentrate driving. ada jugak lah bercakap, cuma sikit2 jer. memang awkward sangat. tapi bila dah zul tunjuk jalan baru ke Santubong tu, baru kami banyak berbual. jalan baru ke Santubong tu, korang tau tak? numi pun tak tahu,  lepas zul tunjuk baru tahu yang rupanya ada jalan di belakan sekolah Tunaz tu yang terus ke Jambatan Santubong.
sepanjang perjalanan guna jalan baru tu, zul banyak bercerita,dan yang lucuya kan, nama nama anak sungai di jalan tu memang lucu. adanya Sungai Bodo ape entah. ada pulak sungai Loba Besar. dan banyak lagi nama yang pelik2. bila dah sampai ke jambatan Santubong, kami terserempak dengan kereta Abang Shafiq. hurmm, memang curious sangat, kenapa? sebab dia cakap dalam fb die tak datang. nenek nya sakit di KL. so, die terpaksa batalkan trip ni. hurmm, nampak nya dia ni memang kaki penipu betol lah. sengal betol.!
kami tiba di Kem Permai jam 3 lebih. semua nampak nya tiba tak lama kemudian. kami cekin jam 4 petang. dorang dah excited sangat nak mandi. lagi lagi anak madam Dayang. memang seronok sangat nak mandi laut.
petang tu, dorang terus mandi laut, aku jer yang tinggal dalam bilik sebab badan tak sihat. kena telan pil penadol.
pada malam nya pulak, kiteorang buat BBQ di tepi pantai. cuaca pun best malam tu, bulan penuh sangat, ayam BBQ tu numi yang sediakan, memang senang sangat nak marinate ayam tu.. nanti numi jar yer..






yang jadi chef jadi malam tu is Encik Nabil fiqri. memang die ni suka sangat nak masak.habis BBQ kami jalan ke tepi pantai.Bulan penuh, bintang berkelipan. langit pun clear sangat.
kami lepak sampai jam11 malam. sebab tak tahan dengan bayu laut kan. sejuk sangat pasir tu.
tidur pulak, memang payah. miss2 dok asyik beloyar. biasalah gosip girls kan. ada yang tanya sal relationship aku, Miss Lisa dan Miss diana pulak bercerita pasal life in campus.
tak lama lepas tu, dorang pun tidor. dekat nak midnight jugak la..
aku? susah nak tidor sebab rasa sejuk ynag teramat. nak demam lah tu.. dan akan ke toilet setiap 1-2 jam... kesian kan.. muntah...
tu jer dulu, nanti numi cerita lagi..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe