Rambut baru Adikku.

1:39 PTG

assalamualaikum.. hai people. hari ini 25 Disember. hari yang amat bermakna untuk setiap orang beragama Kristian kerana hari ini adalah hari perayaan mereka. :)
selamat hari Natal korang, kepada kak Steph, Fridden, Victor, Nelson dan lagi lah, makan banyak2 time raya ni.. :)

semalam adik aku dok pujuk aku jer nak buat rambut ide ni, eh, dia ingat aku ni pandai ker nak buat rambut orang bagi lurus dengan serta merta. aku bukan nya doraemon pun lah. adoi! aper jer la die tu kan, so,aku pun dengan rela paksa bersama nya meredah pasar India Street tu untuk cari kedai buat rambut. memang banyak orang wooo, kami dah dekat 5 kali pusing2 nak cari parking. memang banyak gila tu kereta. kan esoknya nak krismas, mana tak ramai. dah la di Pasar Kuching ni memang menjadi tumpuan orang untuk membeli barang2 keperluan, padan lah kan dengan kau numi, rajin sangat.
then, aku pun baru perasan yang dekat area padang pasir( bukan padang pasir kt negeri arab tu yer)
dekat area CCK and tuisyen seri sarjana tu ada sebuah salon. haaa,  nasib ada dan tak ramai kat salon tu. adik aku tu ape lagi lah buat jer terus rambut die dekat salon tu, bedal jer lah dik~  tu just ambik masa 1 jam setengah jer. cepat kan, masa aku dulu nak rebonding rambut kena tunggu 3 jam tu.. nek lengoh cramp pinggang ku duduk and angkat dari kerusi yang boleh pusing2 tu. hahah...
dalam 1 jam setengah penantian ku, banyak telatah orang yang aku dapat saksikan. salah satunya ada sorang mamat ni yang g kat kedai tu sematauntuk korek lombong telinga die tu..~ apa jak lah. benda simple tu pun nak mintak orang yang buat.~ ceridak oi! tu law dalam bahasa sarawak. maksudnya selekeh doo!
banyak tu, and perempuan yang tolong melombong tu pun dengan selamber jer.. hahah, dan habuan yang perempuan tu dapat banyak... memang kaya lah laki tu.. then sal pekerja2 kt situ pulak. ada  jugak kan,dekat kedai rambut ni mengamalkan system senior junior..  aku ingatkan di U ajer. dan private sector.. rupanya, dekat salon pun ada. kiranya tadi senior ni boleh balik awal lagi dari staff junior. law junior kena sharp jam 6 ptg baru leh balik. hahah. dan ade beberapa isu lah yang dorang bangkitkan semalam, yang aku hanya mampu terseyum jer..
the last customer dekat salon tu ialah kite berdualah, jam 5.30 ptg, adik ku keluar melangkah dengan rambut yang baru. tu masa kena tiup angin memang lari ar setting rambut die. hahah, sebabnya, die dah tetapkan belah rambut die masa buat tu. law macam rambut aku, xda belah nya, sebab memang xda. dapat kemana aja yang die suka. heeeeee.. tu yang cantek nya kan..
lepas tu adik aku pun dengan bermurah hati membelanjakan aku makan pizza hut yang latest tu.. jangan tak merasakan orang nak belanja.. dah selesai makan tu kami pun balik rumah. dengan semuanya happy. :) aku kenyang die dapat rambut baru.
process buat rambut

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe